yX Media - Monetize your website traffic with us

Thursday 11 April 2013

Bantah 'calon dari langit'


JOHOL –  Berikutan desas-desus kemungkinan nama bukan pilihan akan dicalonkan mewakili Barisan Nasional (BN) untuk Dun Johol pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini, Pusat Daerah Mengundi (PDM) Dun berkenaan sebulat suara mengadakan bantahan, malam kelmarin.

Mereka membantah kerana tindakan meletakkan nama yang bukan pilihan sekaligus menidakkan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya meletakkan calon boleh menang atau winnable candidate.

Berikutan itu, seramai 120 orang dari 10 PDM Dun Johol berhimpun di Bilik Gerakan Air Mawang, malam kelmarin dan mendengar taklimat disampaikan wakil jentera PDM Malan, Abdul Jalil Tamin.



Abdul Jalil berkata, calon disifatkan beliau sebagai 'calon turun dari langit' sudah pasti bukan calon boleh menang kerana tidak mesra pengundi, meskipun merupakan penduduk asal kawasan berkenaan.

Menurutnya, meskipun nama calon belum diumumkan secara rasmi, namun mereka bimbang sekiranya benar calon berkenaan bertanding yang disifatkannya sebagai 'tangkap muat'.






“Kita sebulat suara memilih mana-mana sahaja calon dari kerangka Umno untuk bertanding bagi merebut kerusi N19 Dun Johol, tetapi tidak kepada 'calon yang turun dari langit 'secara tiba-tiba.

“Memang benar, kita perlu memilih parti tetapi kita perlu berfikir kesan dan akibatnya kepada pengundi terutama pengundi baru,” katanya.

Menurutnya, tindakan itu turut menjejaskan parti di Dun Johol yang selama ini masih kubu kuat, selain generasi muda di Dun itu menunjukkan reaksi positif terhadap BN.

"Kita berjuang kerana parti dan parti itu perlulah juga menawarkan winnable candidate sebagai calon PRU sebagai usaha menghargai perjuangan penduduk di sini," katanya.

Bagaimanapun, Abdul Jalil menasihatkan penduduk supaya tidak terpengaruh dengan pembangkang yang sentiasa mahu melihat BN di Dun berkenaan lemah. "Tidak perlu mendengar isu-isu pembangkang yang sekarang ini semakin berleluasa di sini.

Biar mereka hendak mengadakan ceramah dan kita lakukan kerja untuk terus pertahankan kerusi N19 pada PRU13,” katanya.

Difahamkan, calon disifatkan boleh menang di Dun berkenaan merupakan dari kalangan ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Pilah.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

2 comments:

  1. Den klu abusamah mmg den tak silo.duk mkn sblah pun tak leh nak besalam

    ReplyDelete
  2. Den klu abusamah mmg den tak silo.duk mkn sblah pun tak leh nak besalam

    ReplyDelete