yX Media - Monetize your website traffic with us

Monday 15 April 2013

7 Mei harga minyak seluruh negara turun – Anwar


KUALA LUMPUR 15 APRIL: 7 Mei 2013 bakal menjadi hari bersejarah buat Malaysia apabila harga minyak yang beberapa kali dinaikkan BN sejak 2008 akan diturunkan Pakatan Rakyat jika berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan selepas menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Harapan ini yang ditunggu-tunggu seluruh rakyat akan dilaksana 21 hari lagi menjelang tarikh itu.

“Kamu (Umno BN) katalah apa-apa pun, kita bagi penjelasan. 5 Mei pilihan raya, 6 Mei (Pakatan) angkat sumpah. InsyaAllah 7 Mei, harga minyak di seluruh negara turun,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut sorakan gemuruh hampir 7,000 rakyat.



Beliau berkata demikian pada ceramah Jelajah Pakatan Harapan Rakyat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan Sabtu lalu.

Penurunan harga minyak antara agenda utama Pakatan Rakyat menuju Putrajaya, yang dimasukkan di dalam Buku Jingga dan Manifesto Pakatan Rakyat.

Ketua Umum KEADILAN itu juga konsisten menyatakan komitmen tersebut pada setiap siri ceramahnya.




Katanya, penurunan harga minyak tidak mustahil untuk dilaksana, memandangkan kedudukan Malaysia selaku pengeluar minyak.

“Ini fakta, sebab itu (Perdana Menteri) Datuk Najib (Razak) tak mahu debat. Dia syarah di TV3 bukan main garang, marah saya.

“Tapi (dengan) saya, (dia) tak boleh jawab. Dia (hanya) marah seorang diri. Sebagai pemimpin, (sepatutnya) kamu kena pertahankan hujah kamu,” kata Anwar.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

13 comments:

  1. Tak cukup murah laie ko ngn subsidi kerajaan?
    Tgk kek negaro jiran, ron95 pun rm4 (thailand).
    Singapore apotah laie.
    Pilih la, nk minyak murah ko, nak negaro maju.
    Den koba an yo.
    Jgn satu ari nanti cino jadi pm, uitm dibuka utk bukan melayu, mrsm pun samo, skim pinjaman mara pun samo.
    Mano nak dilotak ketuanan melayu laie sok.

    ReplyDelete
  2. kepalo butuh kau la anwar

    ReplyDelete
  3. anwar2 , sudah2 la menipu tu ,, penat muak nak muntah darah dgr kau menipu . gile la

    ReplyDelete
  4. Berhujjah secara rasional wahai sahabat...

    Jangan bandingkan minyak dengan Thailand & Singapura, depa bukan negara pengeluar minyak. Bandingkan harga minyak kita dengan Kuwait, UAE & negara pengeluar minyak yang lain.

    Negara nak maju camno, rakyat dok terbeban dek beban Petrol yang tak sepatutnya, Pemimpin dok ona ke mana mana... Orang bawak senjata masuk dalam negara pun dikatakan selamat.

    Cino nak jadi PM camno, diorang ada 30 je kerusi di Parlimen.. kalau menang semua pun bukan boleh bentuk kerajaan.

    Perlembagaan tetap perlembagaan. Hak Raja raja & keistimewaan orang melayu dipertahankan. Lain la di zaman Tun... Raja pun dicabarnya...

    ReplyDelete
  5. kuawait,uae tu kat darat pun ada telaga minyak.malaysia ni nun jauh kat laut.tu pun x besar mana kawah eh.beban dek petrol apanya.x pernah lak aku tgk keta tersadai sbb xde duit nak isi minyak.mmg cina ni ada 30 kerusi je.tp klu ak buat negara islam pun bila sergah dek karpal singh dah menggelupur tukar ke negara kebajikan pulak,sapa berani jamin komplot nak pinda perlembagaan xkan berlaku.

    ReplyDelete
  6. Hahaha boto tu kek kuwait tu na tongah2 padang pasir ado tolago minyak...kaut yo minyank kuar...bapo bona kos ee..ni kek msia nu ha tongah laut.bapo pulak kos ee..mmg kek kuwait ghogo minyak murah..den tk ingat la bapo seliter..tapi ghogo barang lain maha yg amek..sekotol burger McD yg paling bangang pun dah rm12..jgn cakap la ghogo ayam daging sayo bagai.den ponah duduk kuwait den tau la..

    ReplyDelete
  7. ketuanan melayu?? dalam Al Quran takda pulak kata bangsa Melayu yg berkuasa di Malaysia?? Oleh itu, kita sbg bangsa pribumi jgn nak guna sangat istilah keTUANan Melayu. UMNO dah diberi peluang lama utk berkuasa tapi camna dgn perpaduan dgn kaum lain. bangsa lain masih bersangka buruk dgn sesama lain.Penganut lain masih tak faham keindahan Islam. Yg diaorg tahu, melayu dgn subsidinya,Ali Babanya dll...pasal minyak tu, berilah royalti pd yg berhak.. Jgn zalimi org lain

    ReplyDelete
  8. yang kek ateh nie pandai bona cakap pasal hargo nie,ornah jadi mentori ko? akau semuo kuli batak, apo korang tau? nak cayo ko tidak terpulang, ang ponting den nak hidup den x boban dek hargo barang & minyak yang tinggi...

    ReplyDelete
  9. Keto bosa2 buleh boli... bulan2 mahal buleh byr... apo klas isi minyak murah... eden klau ado minyak ateh dr ron 97 den isi...

    ReplyDelete
  10. Bodoh sampai reputla hangpa umporno.
    Tak reti apa, tapi nak bercakap juga.

    ReplyDelete
  11. adakah kita semua sedar kita bersekolah, menuntut ilmu semua di bawah kemajuan kerajaan yang ada sekarang.. yang masuk mrsm, sbp semua dapat bantuan,dah pandai dan tinggi pangkat.. mula nak mengutuk dan demand dan condem kerajaan,saya tak menyebelah mana2.. saya neutral tapi fikirlah secara logik.. kalau pihak pembangkang sekali pun memerintah.. saya yakin 2X5 pun.. Selagi namanya politik selagi itulah terpalit permainan kotor. Kita ada undang2 dan media yang canggih2, kalau mereka menyimpang gunakan kebijaksanaan.. untuk menyedarkan mereka..

    ReplyDelete
  12. sepatutnye kita dah dapt da sistem pelajaran percuma....
    di janjikan dari tahun 1982...
    ap cer skang....
    tk caye cube bukak artikel tu balik...

    ReplyDelete
  13. Mula2 turun harga minyak, pas tu turun harga kereta, pas tu turun harga barang, pas tu kaum perempuan berhenti kerja & duduk umah jaga anak, pas tu jual putrajaya pd org luar yg berminat nak beli, klu org amerika yg beli, jadilah kita seperti sebelum zaman kemerdekaan..... dijajah semula oleh bangsa asing...... time tu, baru kita menyesal!!!! TAK ADA MAKNANYER LAGI........

    ReplyDelete