Hanya tinggal beberapa hari lagi, pelakon, Ayu Raudhah dan suami bakal menimang cahaya mata pertama mereka. Dimaklumkan aktress ini dijangka akan bersalin pada 29 Mac ini.
Menurut Ayu Raudhah, daripada hasil “scan”, jantina bayi mereka ini ialah lelaki dan beliau akan bersalin di Hospital Columbia Asia di Johor kerana Zaquan akan menjalani latihan bola sepak di sana.
“Ketika ini perasaan saya bercampur baur, maklumla dah dekat nak bersalin ini macam-macam perasaan yang datang. Takut ada, teruja pun sama. Apapun saya berdoa agar semuanya akan berjalan dengan lancar dan selamat,” ujarnya.
Jelasnya lagi, segala persiapan dari segi pakaian dan bilik tidurnya sudah disediakan cuma tunggu masa kelahiran bayi sahaja.
Sementara itu, pelakon ini turut berkongsi keterujaan suaminya, Zaquan yang sudah membeli beberapa baju jersi bola sepak untuk anaknya yang bakal lahir ini.
“Dia (Zaquan) banyak memilih baju-baju bola. Malah kasut pun sudah banyak dibelinya walaupun terpaksa tunggu anak kami berusia setahun,” katanya.
0 comments:
Post a Comment