Pemandu nekad rempuh peragut bukti rakyat Negeri Sembilan bersatu menentang penjenayah

on Tuesday, 2 August 2016



SEREMBAN: Seorang lelaki yang menyaksikan kejadian ragut di sebuah restoran, bertindak merempuh motosikal dinaiki dua suspek berkenaan dengan kenderaannya di Senawang, dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang di Taman Guru itu, dua lelaki meragut beg tangan seorang daripada dua wanita yang makan di sebuah restoran di situ.

Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda yang ternampak pekerja restoran mengejar suspek, turut serta mengejar dan melanggar motosikal dinaiki dua penjenayah berkenaan.

Kedua-dua suspek terjatuh dari motosikal lalu ditangkap oleh pekerja restoran dan kemudian diserahkan kepada polis. Kenderaan pacuan empat roda lelaki berkenaan pula hanya mengalami kerosakan kecil pada bahagian hadapan.

Kejadian itu kemudian viral di Facebook apabila gambar insiden berkenaan dimuat naik oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, berkata dua suspek berusia 31 dan 32 tahun itu diberkas berhampiran Taman Desa Duranta, iaitu kira-kira 200 meter dari tempat kejadian.

"Siasatan awal mendapati mereka menggunakan motosikal Yamaha LC135 dengan nombor pendaftaran palsu," katanya, di sini hari ini. Katanya, seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah berkaitan samun berkumpulan pada 2010.

"Mereka direman tujuh hari mulai hari ini sehingga 8 Ogos untuk siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, iaitu samun berkumpulan," katanya.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Ratnah puspita said...

Ass Wr Wb Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa sy seorang TKW dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU LUSI yg dari singapura tentang AKI yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor Togel/lottrey 4D dr hasil ritual/ghaib melalui jarak jauh dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.270.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy cuma pembantu rumah tanggah di selangor malaysia, sy sangat berterimakasih kepada AKI MAULANA dan tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI saya juga sudah bisa se sukses ini, pesan AKI yg slalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan, Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir, Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita semua, cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya. Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya sendiri, Jadi teman2 yg dalam ke susahan jgn pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha. AKI MAULANA adalah guru spiritual terkenal di indonesia yg bisa melakukan ritual ghaib seperti:
1.Pesugihan bank ghaib
2.Ritual tembus togel/lottrey
3.Transfer janin
4.Pelaris usaha, jodoh DLL
jika anda ingin mengubah nasib seperti saya silahkan ☎ ((+62823-2159-4488)) ATAU KLIK DISINI PESUGIHAN DUNIA GHAIB



20 August 2017 at 14:52

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved