Syukur, penjawat awam di Negeri Sembilan dapat saguhati RM500

on Thursday, 16 June 2016



SEREMBAN - Kesemua 6,495 penjawat awam di negeri ini akan menerima sagu hati RM500 sempena Aidilfitri yang akan dibayar bersama gaji pada 23 Jun ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata sagu hati yang keseluruhannya berjumlah RM3.9 juta itu akan dinikmati oleh penjawat awam yang bertaraf tetap, kontrak dan sambilan.  

"Ia juga akan diberi kepada kakitangan agensi, anak syarikat kerajaan seperti SAINS (Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Pusat Zakat dan lain-lain syarikat berkaitan kerajaan. Kita telah lulus (pemberian sagu hati) dalam mesyuarat tadi," katanya.  

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Negeri di sini hari ini.  

Sementara itu, dalam perkembangan lain beliau berkata program Mantai Perdana 2016, program yang memberi peluang kepada rakyat negeri ini membeli daging dengan harga yang lebih murah daripada pasaran akan diadakan seperti tahun-tahun sebelumnya.  

Mohamad berkata pada program kali ini, kerajaan akan menyumbang antara 60 hingga 100 ekor lembu dan dalam masa yang sama menyeru pemilik ladang ternakan supaya turut sama menyertai program itu.  

"Ini merupakan program yang dapat kita jadikan sebagai program mengurangkan kos untuk keluarga membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri kerana harga daging yang akan kita jual di sana lebih murah daripada harga pasaran terbuka.  

"Program ini adalah berkonsep siapa dulu dia dapat. Pun begitu saya tidak galakkan orang membeli daging lebih daripada lima kilogram," katanya.  

Mohamad berkata program Mantai Perdana 2016 akan diadakan di kawasan lapang berhampiran Masjid At-Taqwa, Paroi.  

Mantai merupakan acara tradisi di Negeri Sembilan bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan dan Syawal.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved