yX Media - Monetize your website traffic with us

Thursday 9 June 2016

Syukur Alhamdulilah. Penjawat Awam Terima Bantuan Khas RM500 13 Jun Ini. Terima Kasih PM Najib!



PUTRAJAYA - Pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam akan dibuat pada 13 Jun ini sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, bantuan khas RM250 juga akan turut diberi kepada 743,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka.

Pembayaran bantuan khas itu melibatkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM1 bilion.

"Kerajaan berharap pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2016," katanya.

Penjawat awam juga akan menikmati satu kenaikan gaji tahunan (KGT) pada Julai depan yang melibatkan implikasi kewangan RM1.1 bilion.

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment