yX Media - Monetize your website traffic with us

Saturday 25 June 2016

Sebahagian loji penapis minyak musnah dalam kebakaran



PORT DICKSON - Sebahagian dari loji penapis minyak milik Petron dipercayai musnah dalam satu kebakaran di sini pada kira-kira pukul 9.30 malam ini.

Difahamkan, kebakaran melibatkan paip saluran penerimaan di bahagian penapisan minyak. Bagaimanapun, api berjaya dikawal hampir dua jam kemudian.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis ketika dihubungi berkata, pihaknya yang terdiri daripada 22 anggota bersama empat jentera bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan sekitar pukul 9.37 malam tadi.

Operasi tersebut melibatkan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Teluk Kemang dan Seremban 2.

Katanya, tiada laporan kemalangan atau kecederaan diterima dan punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment