yX Media - Monetize your website traffic with us

Wednesday 1 June 2016

Punca Budak Yang Kena Seret Dengan Gorila, Harambe Amat Menyeramkan. Ada Cerita Disebalik Cerita...



Inilah budak berusia 3 tahun yang terjatuh dalam kandang gorila, Harambe, menyebabkan kakitangan zoo terpaksa menembak mati haiwan berkenaan.

Lapor Daily Mail, Isiah Dickerson yang datang bersama ibunya, Michelle Gregg, ke Zoo Cincinnati, Ohio, telah memanjat pagar dan terjatuh ke dalam kandang Harambe yang kemudiannya diseret beberapa kali dalam kolam cetek.

Dalam kejadian yang berlaku selama 17 minit itu, Harambe yang berusia 17 tahun itu akhirnya terpaksa ditembak mati kerana bimbang dengan keselamatan Isiah.



Namun, tindakan menembak mati haiwan berkenaan telah mencetuskan kemarahan netizen yang kini menganggap ibu bapa Isiah sebagai pembunuh.

Isiah bagaimanapun, tidak mengalami sebarang kecederaan serius, hanya mengalami luka ringan dan semakin pulih.

Bapanya, Deonne Dickerson, 36, difahamkan tidak bersama dengan isteri dan empat orang anaknya ketika kejadian itu berlaku.

Susulan selepas kejadian itu, Michelle Gregg, 32, memuat naik kenyataan di Facebook yang mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan keselamatan anaknya.

"Saya ingin berterima kasih kepada semua di atas keprihatinan dan doa anda. Hari yang sepatutnya mengembirakan bertukar menjadi hari yang paling menakutkan.

"Bagi anda yang telah melihat berita atau di media sosial, itu adalah anak saya yang terjatuh dalam kandang gorila di Zoo. Tuhan melindungi anak saya sehingga pihak berkuasa berjaya menyelamatkannya.

"Anak saya selamat namun mengalami luka calar kecil di beberapa bahagian badannya. Tiada tulang yang patah atau kecederaan dalaman.

"Sebagai sebuah masyarakat, kita terlalu cepat menilai bagaimana ibu bapa terlepas pandang pada anak mereka dan jika ada sesiapa yang mengenali saya, saya jenis yang ibu yang amat peka dengan anak-anak saya. Namun, kemalangan telah berlaku. Tetapi saya bersyukur kerana anak saya berjaya diselamatkan," katanya.

Isiah dibenarkan keluar dari hospital Ahad lalu dan dibawa pulang ke rumah oleh ibu bapanya.



"Kami amat bersyukur kepada tuhan kerana anak kami selamat. Isiah kini berada di rumah dan sihat sediakala. Kami juga berterima kasih kepada pihak zoo kerana bertindak pantas.

"Kami tahu ia adalah keputusan yang sukar untuk mereka dan mereka bersedih dengan kematian gorila itu. Namun, kami berharap anda semua dapat memberikan ruang dan menghormati privasi kami buat seketika," katanya.





Di media sosial, netizen menggesa pihak polis mengambil tindakan terhadap ibu bapa mangsa. Namun polis menegaskan tiada sebarang dakwaan yang akan dibuat pada masa ini.

Menurut seorang saksi yang berada di tempat kejadian, Brittany Nicely, berkata, "Saya cuba menghalang budak itu. Malah cuba memautnya tetapi gagal kerana dia terlalu pantas,".

Katanya lagi, gorila itu kelihatan cuba melindungi mangsa. Tiada sebarang tanda bahawa haiwan itu cuba mengapa-apakan mangsa.

Lapor media antarabangsa pula sebaliknya, Harambe dilihat telah menyeret mangsa beberapa kali dan mencampaknya.



Pengarah Zoo Cincinnati, Thane Maynard, mengesahkan kanak-kanak itu tidak diserang, namun berada dalam situasi terancam di mana gorila tersebut berada dalam keadana gelisah, keliru dan berkelakuan tidak menentu.

Maynard juga menyokong tindakan menembak mati Harambe dan berkata,

"Jika dilihat semula situasi itu, kita akan membuat keputusan yang sama juga. Kami semua perlu bekerjasama memastikan keselamatan para pengunjung di zoo.

"Kami yang menerima kehilangan dalam hal ini. Percayalah, ramai yang melahirkan rasa prihatin mereka tetapi ia tidak memberi kesan yang teruk berbanding kakitangan zoo," katanya.



PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment