Kekayaan Dan Kemewahan Jadikan TMJ Kurang Matang

on Saturday, 4 June 2016



KUALA LUMPUR – Seorang netizen menyifatkan kekayaan dan kemewahan menjadikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai kurang matang.

Ikmal Hisham Mohd Hashim menerusi status yang dimuat naik di laman Facebooknya kelmarin berkata, Tunku Ismail tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata yang mencabar pengkritik untuk mengemukakan usul yang memisahkan Johor dari Malaysia.

“Jangan sedap mulut jer cabar suruh Johor keluar Tuanku. Tuanku masih Muda, kekayaan dan kemewahan melimpah rumah menjadikan Tuanku kurang matang.

“Tuanku kena ingat tanpa kerajaan sekarang yang meletakan institusi kesultanan Melayu di tahap tertinggi dalam perlembagaan, Ayahanda Tuanku tidak mungkin masih dapat menjadi Sultan,”tulisnya.

Tambahnya, kesultanan Melayu di Indonesia tumbang selepas perang dunia kedua, malah anak Sultan dirogol dihadapan Sultan, namun Sultan tidak mampu berbuat apa-apa sekalipun ditempelak oleh perogol terbabit.

“Mungkin Tuanku tak baca sejarah Johor, kerana berebut kuasalah moyang Tuanku menggadai Singapura kepada penjajah. Ada beza antara menjadi Sultan berperlembagaan dengan Sultan berkuasa mutlak.

“Tuanku tak boleh guna duit untuk beli barang mewah Bugati, Rolls Royce, kapal layar, Lori transformer dan jet mewah sahaja. Tuanku kena simpan duit untuk beli kapal Perang, jet pejuang dan senikata untuk pertahankan negara Tuanku sebagai negara berdaulat, Tuanku ada terfikir tak?,”katanya.

Sehubungan itu, Ikmal turut mempersoal mengenai pemerintahan yang bakal dijalankan oleh TMJ dan kesultanan Johor.

“Mampukah Tuanku memerintah secara serius? Apakah corak pemerintahan Tuanku? Monarki? Demokrasi? Raja berperlembagaan? Syariah Islam?Atau perintah sedap hati?

“Siapa pula Penasihat Tuanku? Melayu ke atau Cina ala DAP? Sedarkah Tuanku mereka sedang bersukaria meraikan perpecahan Melayu?

“Mereka lebih suka jika Johor bersatu dengan Singapura. Kalau jadi begitu, sudah pasti berulang tragedi Singapura ditelan kaum Cina, pasti kerabat Tuanku jadi boneka sahaja,”katanya.

Sehubungan itu, Ikmal turut mendakwa, mengenai rakan kongsi Tunku Ismail yang juga merupakan kaum cina sekali gus tidak mustahil bakal menjadikan kaum Cina sebagai penasihat baginda.

“Kalau melihat trend Tuanku sekarang yang mempunyai rakan niaga Cina, tak hairanlah Tuanku akan ambil puak ni juga sebagai Penasihat Negara.

“Masa tu nasib orang Melayu Johor akan sama malang merempat macam Melayu Singapura. Tapi Tuanku tidak akan nampak semua itu kerana sudah tenggalam dalam kemewahan. Malah tanpa gabungan dengan Singapura pun belum pasti nasib orang Melayu akan terbela.

“Ingat Tuanku mentadbir negara sebagai pemerintah yang betul- betul memerintah bukan benda main-main macam mengendalikan team bola Johor!,”akhirinya.

Terdahulu, Tunku Ismail mencadangkan agar mereka yang tidak senang hati dengan Johor meluahkan perasaan mereka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali gus menggesa pengkritik boleh mengusulkan kepada Najib supaya negeri itu dikeluarkan daripada Malaysia.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Ratnah puspita said...

Ass Wr Wb Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa sy seorang TKW dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU LUSI yg dari singapura tentang AKI yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor Togel/lottrey 4D dr hasil ritual/ghaib melalui jarak jauh dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.270.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy cuma pembantu rumah tanggah di selangor malaysia, sy sangat berterimakasih kepada AKI MAULANA dan tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI saya juga sudah bisa se sukses ini, pesan AKI yg slalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan, Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir, Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita semua, cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya. Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya sendiri, Jadi teman2 yg dalam ke susahan jgn pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha. AKI MAULANA adalah guru spiritual terkenal di indonesia yg bisa melakukan ritual ghaib seperti:
1.Pesugihan bank ghaib
2.Ritual tembus togel/lottrey
3.Transfer janin
4.Pelaris usaha, jodoh DLL
jika anda ingin mengubah nasib seperti saya silahkan ☎ ((+62823-2159-4488)) ATAU KLIK DISINI PESUGIHAN DUNIA GHAIB



13 September 2017 at 13:14

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved