yX Media - Monetize your website traffic with us

Wednesday 29 June 2016

Istana terbuka Aidilfitri Yang Dipertuan Besar N9



SEREMBAN - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan untuk mengadakan Istana Terbuka Aidilfitri pada 1 Syawal.

Menurut Setiausaha Sulit baginda, Mohd Zahirin Adnan, majlis itu akan berlangsung di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah mulai pukul 10 pagi hingga 2 petang.

Katanya Tuanku Muhriz akan berangkat ke Masjid DiRaja Tuanku Munawir, Seri Menanti pada sebelah pagi untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

"Baginda bersama kerabat DiRaja kemudian dijangka berangkat ke Istana Besar Seri Menanti kira-kira pukul 10 pagi. Seluruh rakyat jelata dijemput hadir pada majlis itu yang turut menyajikan pelbagai juadah," katanya dalam kenyataan yang diedarkan kepada Bernama di sini hari ini.

Mohd Zahirin berkata ini juga merupakan peluang bagi rakyat untuk berhari Raya bersama baginda.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment