Punca Sate Keli bakal jadi tarikan di NS terjawap sipi sipi

on Monday, 30 May 2016



SEREMBAN - Makanan berasaskan ikan keli tidak asing lagi oleh masyarakat di Negeri Sembilan.

Sebut sahaja ikan keli masak lemak cili api, salai dan goreng berlada ternyata membangkitkan selera malah masyarakat di negeri ini begitu dikenali kepakaran memasak masakan berasaskan ikan tersebut.

Oleh demikian, memandangkan ikan tersebut begitu digemari, Jabatan Perikanan Negeri Sembilan memperkenalkan sate diperbuat daripada isi ikan keli yang bakal menjadi tarikan baharu di negeri ini.
Timbalan Pengarahnya, Mohd Shubli Md Saad berkata, menu tersebut merupakan hasil inovasi pihaknya dalam bidang makanan berasaskan ikan keli.

“Sate ikan keli diilhamkan oleh salah seorang petugas Jabatan Perikanan Johor pada 2013 yang kini sudah bersara dan bergelar usahawan" katanya pada Program Pelepasan Benih Ikan, Demontrasi Membuta Sate Ikan Keli dan Kempen Kesedaran Pengurusan Sumber Perikanan di Balai Raya Kampung Sentosa, Paroi, baru - baru ini.

Mengulas lanjut mengenai penghasilan sate berkenaan, Mohd Shubli berkata, saiz minimum ikan keli diperlukan satu kilogram dan ke atas.

“Kalau kurang daripada itu, dagingnya tidak kenyal dan mudah terlerai menyebabkan sukar dicucuk pada lidi. Satu kilogram keli boleh dapat lebih kurang 50 hingga 100 cucuk sate.

“Bezanya berbanding sate ayam dan daging, sate keli tidak perlukan minyak semasa dibakar. Kelainan lain pula, sate keli lebih cepat masak. Anggarannya sekitar dua tiga minit saja,” katanya.  

Bagaimanapun, katanya, untuk mendapatkan bekalan ikan keli seberat satu kilogram ke atas yang mencukupi bakal menjadi cabaran.

Menurutnya, setakat ini belum ada usahawan sate keli di negeri ini memandangkan pihaknya masih dalam peringkat merangka promosi.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved