Ulasan pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang mengenai isu hadiah RM30 terbongkar dengan jayanya

on Thursday, 14 April 2016



Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Junior Cycling Malaysia diatas penganjuran perlumbaan Kriterium pertama mereka di MAEPS Serdang baru-baru ini. Memandangkan sebelum ini kita kekurangan siri perlumbaan di Malaysia, Program Junior Cycling Malaysia ini adalah salah satu inisiatif baik oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk memberikan peluang kepada penggemar sukan berbasikal diluar sana untuk berlumba dan menonjolkan bakat yang terpendam. Selain itu, program seperti ini dapat menjadi medan kepada pelumba-pelumba basikal diluar sana untuk belajar cara berlumba dan bersaing sesama sendiri.

Kecoh sebentar apabila ramai yang tidak berpuas hati dengan hadiah kemenangan yang kecil diberikan kepada pelumba kategori dibawah 11 dan 9 tahun iaitu Rm30-Rm20-Rm10 untuk tempat Pertama,Kedua dan Ketiga. Untuk makluman semua, JCM menganjurkan secara keseluruhan 22 kategori perlumbaan dimana 10 kategori untuk lelaki dan 8 kategori untuk wanita merangkumi pelbagai peringkat dan pecahan umur. Baki 4 kategori lagi adalah kategori tambahan seperti basikal fixie, bmx, foldie bike dan pushbike. Hadiah kemenangan untuk kategori Elite pula tidaklah sama dengan kategori dibawah 11tahun dimana pemenang tempat Pertama-Kedua dan Ketiga akan menerima Rm1000-Rm450-Rm250.

Saya melihat inisiatif ini secara positif dan jauh kehadapan. Bayangkan jika kita dapat menganjurkan perlumbaan seperti ini secara konsisten sekurang-kurangnya dua kali sebulan dan dapat dilebarkan lagi penganjurannya kesetiap negeri-negeri, bayangkan hasil yang kita akan dapat dalam jangka masa pendek dan panjang nya. Jika proses ini menjadi satu sistem di Malaysia, saya yakin sukan berbasikal bakal mengambil alih takhta Sukan Bola Sepak untuk menjadi sukan nombor satu negara. Pertumbuhan kelab-kelab berbasikal yang bakal memberi peluang untuk mereka yang ingin berkayuh secara rekreasi mahupun kompetitif(berlumba). Gejala sosial seperti Rempit dan pengambilan dadah dapat dikurangkan. Bertambahnya kedai-kedai basikal di Malaysia yang memberikan peluang pekerjaan dan juga sumbangan kepada ekonomi negara. Dan yang terpenting Malaysia akan melahirkan lebih ramai jagoan lumba basikal yang bakal menjadi juara dunia.

Sedikit perkongsian, di awal pembabitan saya didalam arena lumba basikal ini, saya pernah berlumba beratus kilometer di bawah terik panas matahari hanya untuk memenangi medal plastik sahaja. Malah ketika saya di peringkat junior banyak perlumbaan yang saya sertai tidak menawarkan hadiah yang lumayan tetapi saya tetap berlumba bukan untuk hadiah tersebut tetapi untuk memenangi perlumbaan. Saya pernah berbekalkan wang hanya RM50 pemberian ibu untuk pergi berlumba di Sungai Buloh selama seminggu. Ketika saya dipilih ke program Elite dan berlatih di Melbourne pada tahun 2007, saya berlumba pada setiap hujung minggu dengan pelumba-pelumba tempatan dan wang kemenangan yang saya terima hanyalah sebesar AUD50 sahaja untuk tempat pertama bagi kategori Elite. Malah apabila saya sudah berada di ‘World Level’ dan bergelar pelumba nombor satu dunia, hadiah kemenangan yang ditawarkan didalam ‘Track Cycling’ disetiap kejohanan tidaklah lumayan jika hendak dibandingkan dengan sukan-sukan lain. Perlu di ingat, wang ringgit, medal dan pujian adalah Motivasi Ekstrinsik yang memberikan rangsangan luaran. Ianya bagus tetapi tidak memberikan rangsangan yang kekal dan banyak limitasi nya. Jika kita berlumba ataupun bersukan untuk kemenangan, untuk meningkatkan kemahiran diri dan skill, untuk menjadi lebih bagus dan untuk menikmati aktiviti tersebut ianya adalah Motivasi Intrinsik. Motivasi Intrinsik adalah bersifat lebih panjang, memberikan rangsangan dalam jangka masa yang lama,tidak mudah pudar dan hilang. Motivasi Intrinsik dan Ekstrinsik inilah yang menjadi dinding penghalang dan perbezaan untuk seseorang pergi lebih jauh didalam sukan mahupun apa jua pekerjaan. Kebanyakan atlet bertaraf dunia mengejar Motivasi Intrinsik kerana mereka tahu mereka juga akan mendapat Motivasi Ekstrinsik dalam masa yang sama. Oleh itu, adalah penting untuk kita mengetahui sebab dan niat kita melakukan sesuatu perkara supaya kita tidak terkeluar dari landasan yang betul.

Berbalik kepada isu JCM ini, ini adalah penganjuran pertama mereka dan saya yakin pihak pengajur akan meningkatkan mutu penganjuran dari masa ke semasa Insyaallah.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Ratnah puspita said...

Ass Wr Wb Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa sy seorang TKW dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU LUSI yg dari singapura tentang AKI yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor Togel/lottrey 4D dr hasil ritual/ghaib melalui jarak jauh dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.270.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy cuma pembantu rumah tanggah di selangor malaysia, sy sangat berterimakasih kepada AKI MAULANA dan tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI saya juga sudah bisa se sukses ini, pesan AKI yg slalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan, Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir, Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita semua, cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya. Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya sendiri, Jadi teman2 yg dalam ke susahan jgn pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha. AKI MAULANA adalah guru spiritual terkenal di indonesia yg bisa melakukan ritual ghaib seperti:
1.Pesugihan bank ghaib
2.Ritual tembus togel/lottrey
3.Transfer janin
4.Pelaris usaha, jodoh DLL
jika anda ingin mengubah nasib seperti saya silahkan ☎ ((+62823-2159-4488)) ATAU KLIK DISINI PESUGIHAN DUNIA GHAIB



15 September 2017 at 22:24

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved