yX Media - Monetize your website traffic with us

Tuesday 12 April 2016

Punca Polis Luluskan Ceramah Dr Zakir Naik Di Melaka Akhirnya Terjawap Sipi-Sipi



KUALA LUMPUR: Penceramah bebas Dr Zakir Naik masih boleh meneruskan siri ceramah beliau di mana-mana lokasi selagi ia tidak menjejaskan keharmonian di negara ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan memantau tajuk ceramah yang akan disampaikan, asalkan ia tidak mencetuskan ketegangan agama dan kaum di negara ini.

"Kita akan semak apa tajuk ceramah beliau (Dr Zakir Naik)," katanya kepada Astro AWANI menerusi mesej di WhatsApp.

Dr Zakir Naik berada di Malaysia bagi siri ceramah beliau bermula 9 hingga 20 April di beberapa tempat seluruh negara dengan tajuk berbeza di setiap lokasi.

Khalid sebelum ini mengarahkan forum Dr Zakir Naik yang dijadualkan berlangsung di Melaka bertajuk 'Similarities Between Hinduism and Islam' (Persamaan antara agama Hindu dan Islam) dibatalkan.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment