Punca Dr Zakir 'Sekolahkan' Semula Pelajar Perubatan Yang Tidak Bersyukur Ini Cetus Perbalahan Di Parlimen Terjawap

on Monday, 11 April 2016



GONG BADAK - Seorang hadirin mendakwa, Kerajaan Malaysia tidak menghargai pelajar perubatan sepertinya dalam sesi soal jawab bersama Dr Zakir Naik di Stadium Tertutup Gong Badak, cetus pelbagai reaksi netizen di media sosial, semalam.

"Kenapa kerajaan tidak menghargai pelajar perubatan seperti saya yang mungkin akan menemui penawar penyakit kanser?

"Kerajaan mengenakan caj pengajian yang tinggi sehingga memaksa pelajar seperti saya berhutang dan menanggung riba," soal pelajar berkenaan yang menerima tepukan dan sorakan gemuruh dari hadiran yang lain.

"Berapa yuran pengajian doktor di Malaysia?" tanya Dr Zakir padanya.

"RM3,600 setahun!" jawabnya.

Terkejut dengan kos yang dinyatakan, berikut penjelasan beliau:

"Kos pengajian perubatan di kebanyakan negara mencecah US$100,000. Kira baik kerajaan memberi subsidi yang banyak untuk belajar perubatan. Lagipun Malaysia ada pinjaman tanpa faedah, kenapa pergi buat pinjaman yang mengamalkan riba?

"Itu adalah salah awak sendiri. Di Malaysia ada Pusat Zakat dan Baitulmal. Kalau tidak mampu, boleh mohon bantuan dari dua pusat berkenaan," jelas beliau.

Beliau juga menyatakan bahawa beliau sanggup membiayai pengajian pelajar terbabit dengan rakan-rakannya, namun jangan salahkan kerajaan Malaysia



Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Ranking: 5

{ 4 comments... read them below or add one }

yuzamriidris said...

Pusat zakit atau baitulmal bagi 1000 je setahun..mane lah cukup..nak mkn lgi..nak beli buku lagi..betul lah pelajar perubatan tu ckp..


12 April 2016 at 13:40
yuzamriidris said...

Pusat zakit atau baitulmal bagi 1000 je setahun..mane lah cukup..nak mkn lgi..nak beli buku lagi..betul lah pelajar perubatan tu ckp..


12 April 2016 at 13:41
izhar said...
This comment has been removed by the author.
izhar said...

Berjimat, amalkan gaya hidup yg sederhana.


22 April 2016 at 17:13

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved