yX Media - Monetize your website traffic with us

Thursday 5 March 2015

'TEMPAHAN REKAAN KUBUR KREATIF DIBUKA!' - MUNTAZIR



Tersebarnya gambar sebuah kubur yang dibina dengan konkrit serta diwarnakan dengan warna merah jambu di la#man Facebook.

Gambar yang dimuat naik oleh Muntazir Nasrallah itu mengundang reaksi pelbagai pihak khususnya umat Islam. Setelah diselidik, gambar itu bukan berlaku di Malaysia. Besar kemungkinan di negara jir#an.




Difahamkan, kubur berkenaan adalah kubur seorang kanak-kanak perempuan yang sangat meminati warna merah jambu sehingga kuburnya juga dihiasi dengan warga kegemarannya itu.

Gambar yang dimuat naik oleh Muntazir itu sebenarnya bertujuan 'memerli' atau 'menyindir' golongan-golongan yang ja#rang nak menziarahi tanah kubur.



Mana taknya, orang sekarang lebih mementingkan hal-hal sendiri sehingga mengabaikan ibu bapa mereka sendiri.

Tidak dinafikan, ramai golongan anak tanggang tidak mempedulikan atau memberikan perhatian  yang sepenu#hnya pada ibu bapa ketika mereka masih hidup. Berbanding jika bersama dengan kekasih hati, sampai ada yang sanggup bersengkang mata hanya kerana mahu berkepit dengan si dia.

Namun, apabila ibu dan ayah sudah tiada, barulah terhegeh-hegeh si anak mencari mereka.

Posting ini adalah sebagai peringatan buat golongan-golongan yang dimaksudkan agar berubahlah, hargai ibu bapa ata#u orang yang disayangi sementara masih punyai masa untuk bersama dengan mereka.



Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment