yX Media - Monetize your website traffic with us

Sunday 22 March 2015

Tahukah anda 5 Makanan Untuk Six Pack Ala Abang Sado!

Nak badan 'six pack' ala Zul Ariffin yang teng#ah meletup-letup macam pisang goreng cheese?

Bukan wanita sahaja yang nakkan badan cantik ala model. Kalau tak sampai taraf model sekalipun, at least mungkin sedap mata memandang dan mengikut BMI yang sesuai.

Lelaki juga tak kurang yang mementingka#n penampilan lebih maskulin dan mempunyai impian untuk dapatkan badan sedikit berotot ala-ala 'six pack' macam abang sado Zul Ariffin.



Apa cara untuk dapatkan badan 'six pack'? 

Banyak cara yang boleh dilakukan untuk mem#bentuk badan supaya lebih berotot antaranya rajin ke gimnasium. Walaupun begitu, pemakanan juga menjadi salah satu faktor untuk membantu dalam proses pembentukan otot yang lebih mengancam!

Apa 5 makanan yang dapat membentuk badan 'six pack'? 

Susu Coklat 

Susu coklat dikatakan baik untuk menjaga tubu#h badan kekal hidrasi sepanjang masa. Ia dikatakan minuman terbaik selepas berolahraga atau selepas melakukan aktiviti fizikal. Penambahan coklat dalam susu akam memudahkan keseimbangan protein, lemak dan mempercepatkan proses pemulihan otot.

Air Sejuk

Ia dikatakan berkesan untuk mempertingkatkan daya tahan tubuh. Ia membuatkan badan bekerja untuk memanaskan suhu tubuh hingga d#apat merangsang metabolisme kita saat bangun dari tidur.





Bayam 

Bayam merupakan makanan paling baik untuk membina otot.Ia merupakan bahan bakar otot kerana meningkatkan sintesis protein hingga mencapai 120%. Disebabkan itu, jaringan otot mampu memperbaiki dirinya sendiri.

Nanas dan betik 

Kedua dua buah ini baik untuk penyembuhan otot. Ia d#apat memecah protein untuk proses pencernaan.

Salmon

Salmon sebenarnya bagus untuk kesihatan jantung. Omega 3 yang ada dalam minyak ikan penting dalam menjaga kesihatan jantung.

Pengambilan minyak ikan memang bagus dalam pem#binaan otot termasuk dalam bentuk kapsul atau memakan ikan yang kaya dengan Omega 3 beberapa kali dalam seminggu. Lagipun, protein dalam ikan salmon lebih mudah dihadam dan diserap oleh sistem tubuh.

Selain dari pemakanan dan supplement, pengambilan air yang cukup, mengira kandungan kalori yang diambil, dan senaman amat penting dalam memperoleh badan perkasa 'six pack' ala abang sado.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment