yX Media - Monetize your website traffic with us

Tuesday 10 March 2015

LUAHAN SAYU SEORANG MUALAF DIBUANG KELUARGA



Amat sedih hari tu balik ke rumah bila tahun baru cina.

Hari pertama, selepas #solat maghrib saya pun balik ke rumah. Saya panggil mereka dan berdiri di luar pintu pagar rumah selama 20 minit. Mereka pun tak keluar. Sebelum masuk waktu isyak, saya pun balik ke surau untuk sembahyang.

Selama 4 hari saya duduk di surau.

Hari kedua pula, waktu zo#hor saya balik ke rumah. Cuaca pula panas terik. Dalam 10 minit, saya pun beredar dan balik ke surau. Di waktu maghrib, saya balik lagi. Mereka langsung tidak menghiraukan saya.





Pada hari terakhir sebelum saya nak balik ke pondok, saya seperti biasa waktu maghrib balik dan beritahu mereka. Saya jerit di pintu pagar, saya kata

"Mak, abang! Saya balik ke te#mpat belajar. Besok tadak kat sini dah!"

Abang pun keluar sambil membawa dua biji oren dan sekeping angpau. Mereka kata, anak mereka yang pi mela#yu (Islam) mereka anggap dah mati. Mereka tunggu anak yang cina balik rumah.

Sambil jalan menuju ke perhentian bas, saya makan oren cina. Lepas tu, buka angpau. Aduhai, mereka beri sa#ya duit kertas orang mati.

Betapa sedihnya hati saya. Tahun yang amat menyedihkan.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment