yX Media - Monetize your website traffic with us

Sunday 8 February 2015

TAK SOLAT JUMAAT, JENAZAH TIDAK BOLEH DISEMBAHYANGKAN DI MASJID



Gambar salinan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Masjid Jamek Sungai Puyu, Butterworth, Pulau Pinang mencetuskan tanda tanya apabila mengeluarkan kenyataa#n yang dianggap mengelirukan orang ramai.

Menurut surat pekeliling itu yang ditujukan kepada semua penduduk dan anak Kariah masjid berkenaan, penduduk Kariah yang tidak pernah hadir untuk solat Jumaat di masjid dan jika berlaku kematian, jenazahnya tidak boleh disembahyangkan di masjid.

Sebaliknya akan disembahyangkan di rumah arwah ber#kenaan dan terus dibawa ke tanah perkuburan untuk pengebumian.




Keputusan itu telah ditetapkan dalam suatu mesyuarat agung yang bertarikh 20 Julai 2008 yang lalu dan telah ditandatangani oleh pengerusi dan timbalan pengerusi serta Imam (1) masjid berkenaan.

Kenyataan surat ini menimbulkan persoalan sama ada benarkah surat pekeliling itu wujud? Apakah benar dalam agama Islam jenazah yang tidak pernah meng#erjakan solat Jumaat di masjid kawasan tempat tinggalnya maka jenazahnya tidak boleh disembahyangkan dalam masjid tetapi hanya sekadar di rumah sahaja?

Mohon pihak Masjid Jamek Sungai Puyu, Butterworth, Pulau Pinang memberikan respon demi pencerahan dan kebenaran.

Bagaimanapun, ada sesetengah netizen me#nganggap surat pekeliling ini hanya sekadar bersifat 'psikologi' untuk orang yang masih hidup agar datang mengerjakan solat Jumaat di masjid.

Wallahua'lam

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment