Sardin buat sendiri

on Friday, 20 February 2015



Hari ni saya nak cuba masak dan buat Sardin sendiri. Ummp! Memang puashati.

Al- maklumlah ikan fresh.Bukan yang tin lagi..

Komen Juri Profesional dalam rumah : Memang jadi. Macam sardin beli!

Dah macam Sardin Cap Dajaj..hihihi.

Jom buat sendiri :

1 kg ikan selayang/ sardin segar.
2 labu bawang besar dipotong dadu
5 ulas bawang putih kisar.
2 biji Buah tomato didadu kasar
1/ 2 cawan tomato puri.
1/ 2 cawan tomato sos
Kalau nak pedas tambah sedikit sos cili.
Gula dan garam secukup rasa.
Setengah cawan minyak.
1 sdt Serbuk lada putih.
Air secukupnya.




Periuk Pressure Cooker ( saya guna noxxa).

Cara :

1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih dan bawang besar sampai wangi.
2. Masukkan tomato buah, tomato puri, tomato sos dan cili sos.
3. Masukkan air dan ikan. Tambah garam dan gula.
4. Masak menggunakan pressure cooker 30 minit.
5. Tambahkan air jika perlu. Dan masak lagi 20-30 minit. Tambah air sedikit demi sedikit lagi. Biarkan kuah pekat dan ikan benar- benar lembut isinya.

Sedia untuk dihidangkan dengan Nasi Putih.. Sedap wooo..

ALHAMDULILLAH.

Nak pearh limau nipis pun boleh, kalau nak hilangkan hanyir.

Nota : Dajaj Maksudnya : Ayam dalam kamus Marbawi..hehehe.

Godaan lihat Nick Izura dan Puan Norehan Mohamed Tahar hari tu buat sardine sendiri. Hari ni nak cuba jugak la.. Tk kawan-kawan Sumber Inspirasi Terbaik!

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved