SEREMBAN – “Hari biasa dapat sekitar RM50 sehari, tapi kalau hujung minggu boleh dapat sampai RM300,” kata Mohd Aslam Hussain, 51, yang mencari rezeki dengan menjual roti untuk diberi makan kepad#a ikan di City Park Seremban 2.
Menjadi rutinnya setiap hari sejak enam tahun lalu, memotong kepingan roti yang dibeli secara borong di kilang sebelum dijemur supaya lebih tahan lama dan dijual dengan harga RM1 sebungkus.
Mohd Aslam yang turut ber#niaga makanan dan minuman di kawasan rekreasi itu berkata, idea itu timbul selepas dia melihat ramai pengunjung membawa anak-anak melihat ikan di tasik di kawasan rekreasi itu.
"Tugas saya setiap hari potong roti menjadi kepingan lebih kecil dan menjemurnya, manakala isteri saya, Noraini Mahat main peranan melayan pelanggan yang mahu membeli makanan atau minuman di lori kami.
“Roti ini saya jemur supaya ia lebih tah#an lama dan tidak berkulat. Kebiasaannya boleh tahan sampai dua minggu. Kemudian saya akan bungkus semula dan jual RM1 sebungkus atau RM3 untuk lima bungkus,” katanya yang berniaga seawal jam 9 pagi hingga 7 malam.
Menurutnya, setiap hari sekurang-kurangnya enam guni roti yang dibeli di kilang dengan harga RM30 seguni, perlu dipotong menjadi kepingan kecil.
Kata Mohd Aslam, dia akan mendapat hasil jualan lebih lumayan pada cuti hujung minggu atau cuti sekolah kerana kebiasaannya ta#sik berkenaan akan dikunjungi ramai.
“Saya juga ada menjual makanan ikan yang lain, tapi saya lihat orang lebih berminat beli roti. Bukan saya sahaja yang jual roti di sini tapi ramai lagi peniaga lain.
“Cuma saya tidak menjual roti yang suda#h tamat tempoh kerana ia sudah rosak. Kadang-kadang hasil jualan roti ini lebih banyak berbanding makanan dan minuman yang saya jual,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment