yX Media - Monetize your website traffic with us

Friday 20 February 2015

Maksud Gong Xi Fa Cai Yang Ramai Orang Bukan Cina Tidak Tahu



“Gong Xi Fa Cai” ialah ayat di dalam bahasa Mandarin yang membawa maksud “tahniah moga mendapatkan lebih kekayaan”. Ucapan ini telah di#gunakan secara meluas sejak sebelum zaman Dinasti Qin lagi iaitu 221 BC!

Menurut Prof Dr Yam Kah Kean dari Universiti Malaya, ayat tersebut tidak melambangkan semangat Tahun Baru Cina yang kuat kerana maksudnya yang lebih menjurus ke arah material berbanding semangat kebersamaan.

Maka, ada diantara orang Cina lebih menyukai sebu#tan “Xin Nian Kuai Le” yang bermaksud “selamat tahun baru”. Cara sebutannya: “zeen neean kwai luh”. “Kuai Le” bermaksud “happy” atau “joyous” dan “Xin Nian” bermaksud “tahun baru”.




Jadi, siapa yang sesuai mengucapkan “Gong Xi Fa Cai” sebagai greetings Tahun Baru Cina? Kebiasaannya, “Gong Xi Fa Cai” disebut oleh mereka yang sesama berniaga dan rakan sekerja.

“Gong Hey Fat Choy” pula ialah sebutan di dalam ba#hasa Kantonis yang membawa maksud yang sama seperti “Gong Xi Fa Cai” iaitu “tahniah dan kekayaan”. “Gong Xi” (恭禧) bermaksud tahniah atau dengan hormat berhasrat kegembiraan. “Fa Cai” (發財) bermaksud menjadi kaya atau mahu buat duit. Cara sebutannya yang betul ialah “gong zee fah chai”.

Selain “Gong Xi Fa Cai”, “Xin Nian Kuai Le” dan “Gong Hey Fat Choy”, ada satu lagi cara yang menyeronokkan apabila menyapa seseorang di musim Tahun Baru Cina ini, iaitu: “Hong Bao Na Lai” yang bermaksud “angpau merah please!”

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment