yX Media - Monetize your website traffic with us

Saturday 14 February 2015

Facebook Memperkenalkan Fungsi Mewasiatkan Akaun Kepada Rakan



WASHINGTON DC – Pihak pengurusan laman sosial popular Facebook akan membekukan akaun penggunanya secara automatik setelah mesin pengiraan algoritma Facebook mengenal pasti si pemili#knya sebagai telah pun lama meninggal dunia.

Akhbar The Wall Street Journal pada Jumaat melaporkan, pengguna bagaimanapun sebelum meninggal dunia akan diberi pilihan terhadap kelangsungan akaunnya itu termasuk mewariskan kepada pengguna lain yang sudah dinyatakan sebagai pewaris.

Facebook kini dalam proses m#embuat ciri-ciri yang diberi nama “legacy contact” atau kenalan pewaris bagi memudahkan pengguna mengatur wasiat siapakah yang boleh meneruskan akaun peribadi miliknya setelah dia meninggal dunia kelak.



Ciri-ciri baharu tersebut dicadangkan seumpama penama harta pusaka akan diperkenalkan untuk pengguna Facebook di Amerika Syarikat terlebih dahulu, sebelum diperluaskan kepada pelanggan laman itu di seluruh dunia secara berperingkat.

Namun, pengguna yang enggan m#ewariskan akaun miliknya itu kerana bimbang pewarisnya mungkin menyalahgunakan kepada perkara tidak sepatutnya masih diberi pilihan kedua iaitu menghapuskan langsung akaun tersebut selepas dia meninggal dunia.




Jika pengguna memilih pilihan kedua, secara automatik pihak pasangan si mati atau saudara mara, keluarga waima anak, cucu atau rakan sendiri tidak lagi dapat mengedit apa-apa maklumat terbaharu ke dalam laman akaun Facebook berkenaan.



Kecuali si mati sudah meletakkan na#ma pewaris, individu baharu itu bukan sahaja akan dapat mengolah akaun Facebook tersebut, malah satu pesanan seperti “batu nisan digital” akan dipaparkan bagi memaklumkan pemilik asal telah pun mati.

Legacy contact juga boleh ditulis sebarang mesej untuk ditampilkan di halaman paling atas profil Facebook sebagai menggantikan foto profil, dan memberi maklum balas berdasarkan kepada permintaan pengguna itu sendiri.

Setakat ini, pengendali laman internet y#ang telah membenarkan penggunanya mewariskan akaun miliknya adalah Google apabila gergasi siber tersebut menjadi firma yang pertama memperkenalkan ciri-ciri warisan penama pada 2013 lalu.

Ramai mungkin tidak sedar, antara perkhidmatan Google yang boleh diwariskan setelah pemiliknya meninggal ialah Gmail, aplikasi penyimpanan ‘cloud’, serta beberapa servis lain yang dapat dirujuk sebagai “inactive account managers.”

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment