Restoran Me’nate! Steak terbaik KL.
Kebetulan petang tadi pemilik restoran, Tuan Mustaffa Othman dan anak lelaki beliau ada bersama di sana, terus k#ami ajak berborak. Peramah orangnya. Ini antara isi bualan kami yang saya boleh kongsikan:
“Sebenarnya, asal nama restoran ni datang daripada perkataan Men Ate, yang membawa maksud golongan yang memakan daging. Saya ni asal dari Kelantan, jadi saya pun tambah apostrophe depan tu jadi Mē natè”
“Saya buka restoran ni sebab saya# sahut cabaran, iaitu untuk menyediakan steak terbaik tanpa menggunakan arak. Dan saya berjaya lakukannya. Kita kan ada Allah”
“Rahsia awet muda? Tak ada pun. Paling penting, solat subuh mesti kena jaga”
“Anak saya empat orang. Seorang baru tiga bulan berkahwin, dan dua orang lagi bakal berkahwin tahun ni. Saya tak sabar na#k tunggu cucu. Biarlah saya boleh tengok cucu sebelum meninggal”
“Berpengalaman sebagai konsultan daging di beberapa pasaraya besar seperti Tesco dan pernah berkhidmat dengan NFC sel#epas balik ke Malaysia pada tahun 2000″
“Semua yang masuk ke kedai saya ni saya anggap sebagai tetamu saya. Jadi saya perlu layan dengan baik. Mereka bawa berkat. Saya tak suka protokol-protokol”
“Kalau order steak, air di Restoran Me’nate ni semuanya percuma, daripada air panas sehinggalah ke air sejuk, free flow. Ianya se#bagai sedekah kami kepada tetamu yang datang. Kita bagi 1, Allah bagi 10″
“Kos saya buat air free tu RM15,000. Kalau nak untung, saya boleh je kenakan caj untuk air. Air kosong pun orang charge 30sen. Tapi saya tak# nak. Yang penting mesti habiskan air, kalau tak habis saya akan charge”
“Ini branch ke-tiga kami. Ampang, Wangsamaju dan Setapak”
“Semua restoran kami, Ustaz Harun Din yang rasmikan”
“Pengalaman paling manis saya berkhidmat dengan Queen Elizabeth ialah ketika beliau menyediakan sebuah surau untuk kami bertiga”
“Pekerja saya kebanyakannya budak surau dan #budak tahfiz. Kalau nak kerja dengan saya, saya tak pandang sijil tebal-tebal, tapi saya akan minta mereka baca Qunut depan saya. Kalau lepas, soalan saya seterusnya ialah, bila nak mula kerja?”
“Kalau ada orang nak belajar tentang daging, saya tak kisah bawa ke dapur. Saya pernah ajar pelanggan di dapur, dia yang pen#ing kepala. Bagi saya, rezeki dari Allah, saya tak kisah untuk ajar pada siapa yang nak belajar”
Itulah serba sedikit perkongsian diantara pemilik restoran Me’nate, Tuan Mustaffa Othman dan juga Saudara Zaim Zin mengenai latar belak#ang perniagaan daging halal yang diusahakan. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat kita semua.
Sumber
PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment