yX Media - Monetize your website traffic with us

Saturday 24 January 2015

Perodua Myvi VS Proton Iriz: Yang Mana Menjadi Pilihan Anda?



Secara rasminya, Perodua Myvi 2015 telah dilancarkan oleh syarikat Perodua pada 15 Januari 2015 yang lalu dipengerusikan oleh Datuk Aminar Rashid Salleh, Predisen dan CEO Perodua. Manakala Proton pula melancarkan varian terbarunya iaitu Proton Iriz 2014 bebera#pa bulan sebelum itu yang bertujuan untuk bersaing dengan Myvi dalam segmen compact hatch.

Setelah model Iris diperkenalkan pada tahun lepas, ramai yang teruja dengan kelebihan kereta tersebut yang datang bersama transimi CVT selain itu juga dengan ciri-ciri keselamatan yang sangat hebat. Manakala Model 2015 Perodua Myvi pula mengek#alkan ciri-ciri asal Myvi yang sebelum ini, cuma penambahbaikan dari segi keselamatan selain berwajah baru dan tambahan dari segi aksesorinya.

Perbandingan Spesifikasi Enjin




Merujuk kepada spesifikasi di atas, enjin yang dig#unakan oleh Proton Iriz mampu menghasilkan lebih kuasa pada RPM yang lebih rendah.

Manakala, Myvi mengekalkan enjin 1.3 K3-VE dan 1.5.3SZ-VE sejak ianya mula diperkenalkan.





Transmisi yang digunakan bagi manual adalah s#ama bagi kedua-dua model ini yang menggunakan transmisi manual 5-kelajuan.

Bagi transmisi automatik pula, Myvi masih mengekalk#an penggunaan transmisi automatik 4-kelajuan yang asal manakala Proton Iriz ditawarkan dengan transmisi automatik CVT.

Perbandingan Bahagian Dalaman




Bahagian dalaman Perodua Myvi masih lagi dikekalkan seperti model sebelum ini cuma ada sedikit perubahan dari segi infotainment, beg udara yang d#ipasang berasingan dengan dashboard, instrumen kluster yang berbeza dan ditambah beberapa lagi aksesori.

Proton Iriz pula kelihatan lebih unik dan memberikan penampilan yang lebih moden. Tidak banyak aksesori yang diberikan tetapi cukup memadai bagi kere#ta mampu milik dan segala keperluan asas sebuah kereta masih dikekalkan.

Harga



Diatas adalah harga yang ditawarkan bagi setiap varian Perodua Myvi dan Proton Iriz. Harga-harga yang dinyatakan diatas adalah termasuk insurans di a#tas jalan. Melalui perbandingan harga serta segala ciri-ciri serta kelebihan-kelebihan kereta ini, yang mana menjadi pilihan anda?

Dengan kehadiran Proton Iriz, mampukah Myvi menge#kalkan statusnya sebagai Best Model of the Year dari Frost & Sullivan?



Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment