Sebagai contoh adalah rakaman gambar menyentuh hati yang kini giat dikongsikan di laman sosial bagaimana seekor kucing setia menemani tuannya meskipun selepas mereka dipisahkan oleh kematian.
Daripada gambar dirakamkan, dapat dilihat kucing ini kelihatan sedih menyentuh pusara tuannya ketika talkin dibacakan dan tidak berganjak meninggalkan kawasan kubur meskipun selepas semua orang beredar.
Berdasarkan komen diberikan, ada yang berkata arwah bukanlah pemilik kucing ini tetapi mempunyai tabiat gemar memberi makan dan menolong kucing terbiar dan kucing ini mungkin salah seekor daripadanya.
Apa pun dari sini dapat dilihat, binatang pun tahu erti kasih sayang dan menghargai manusia yang berjasa padanya. Malah kisah kesetiaan kucing hingga tidak tergamak meninggalkan pasangan yang mati bukanlah perkara luar biasa dan pernah kami siarkan sebelum ini.
Sumber
PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment