yX Media - Monetize your website traffic with us

Saturday 16 August 2014

Kisah Menyayat Hati Arwah Adik Firash

Kisah menyayat hati seorang bayi perempuan yang diberi nama Wan Ilham Firash mula menjadi viral di laman sosial sejak beberapa hari yang lepas.

Kakak kepada bayi comel itu yang dikenali Melda Arysha lebih suka memanggil adiknya itu dengan nama Firash berkongsi gambar adiknya di Instagram tiga bulan yang lalu sejak awal kelahirannya.

Sebulan selepas kelahirannya, adik Firash dimasukkan ke hospital KPJ, Seksyen 20 Shah Alam atas sebab kesihatan yang tidak dapat didedahkan.

Adik Firash kekurangan oksigen dan penafasannya bergantung pada mesin. Tubuh badannya juga dijangkiti kuman kecuali jantung yang tidak kena.

Pada jam 5.15 pagi, 12 Jun 2014, adik Firash menghembuskan nafas terakhir.

“Takpa lah walau hanya dua hari adik di rumah bersama kami, kakak still bersyukur sebab Allah pinjamkan adik pada kami walaupun hanya sekejap sangat. Bukan senang Allah nak pilih kan terus masuk syurga, adiklah antaranya sayang. Kakak redha, bcs Allah loves you more. Kakak tak boleh halang kuasa Allah kan?

“Adik bahagia di sana ye sayang? Jannah menantimu.

“Wah wah untungnya adik kan. Kakak sendiri pun kena usaha nak masuk sana kan? Kena cukup amalan bru blh pergi sana. Itupun belum tentu syurga tempat kakak.

“Tapi ilham free free Allah bg masuk syurga, adik main eh atas sana dgn kwn kwn?

Ish jealous kakak dhla ada bidadari teman adik. Tunggu kakak dkt atas ye syg? Nnt cari kakak ye? Kakak doakan kesejahteraan adik walaupun adik mmg confirm sejahtera atas sana. Kalau adik dkt sana confirm tk pakai wire, oxygen semua sbb adik confirm happy sgt kan. Tp for sure i’m gonna miss you sayang.

“Kakak sayang adik sgt sgt, selama adik fight dlm icu, kakak rasa adiklah adik dan baby yg plg kuat kakak. Kalau kakak, tah tah dh rebah. Allah Maha Berkuasa kan, siapalah kakak nak tahan kuasa Allah tu.

“Adik pergi baik-baik, jgn lupa kakak ye. Assalamualaikum Wan Ilham Firash. Walaupun tiada dlm pandangan, adik sentiasa dlm hati kakak. Kakak sayaaaang ilham. Terima kasih semua atas doa dan sokongan buat ilham selama ini. Allah bless you guys. Sayonara adik sayang,” luahan kakaknya menerusi Instagram.



Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment