Punca Kenapa Ramai Orang India Kaya Raya Di Negara Ini

on Saturday, 26 April 2014

Tan Sri Ninian Mogan Lourdenadin, doktor berketurunan India yang beralih menjadi hartawan runcit, kini tersenarai antara individu terbaru 40 rakyat Malaysia terkaya, demikian mengikut senarai terbaru majalah kewangan dan perniagaan Forbes.

Untuk makluman anda, gabungan kekayaan 40 individu paling kaya di Malaysia tahun lalu meningkat sebanyak AS$2.3 (RM7 bilion) kepada AS$64.4 bilion (RM192 bilion) daripada tahun sebelumnya,

Bilangan rakyat negara ini yang berada dalam kelompok individu dunia yang mempunyai kekayaan lebih AS$1 bilion (RM3 bilion) juga bertambah kepada 11 daripada 10 tahun sebelumnya.



Mungkin anda tertanya-tanya, siapakah Lourdenadin…individu berketurunan India yang kaya raya itu?

Maklumlah, sebelum ini bila bercakap tentang ahli perniagaan India, yang sering disebut orang ialah Ananda Krishnan dan Tony Fernandes saja.

Sebenarnya tak banyak yang kita tahu mengenai latar belakang beliau.

Yang pasti beliau adalah Ketua Eksekutif MBF Holdings dan mempunyai perniagaan dalam hartanah, peruncitan, pelancongan dan perkhidmatan perubatan di Malaysia, Fiji, Papua New Guinea dan Australia.

Dengan penyenaraian Lourdenadin ini, jumlah individu terkaya di Malaysia yang berketurunan India nampaknya makin bertambah.

Ini adalah antara senarainya;

1. Usaha Tegas-Ananda Krishnan-Ralph Marshall
2. AirAsia-Anthony Francis Fernandes(Datuk Tony Fernandes)
3. Multi Vest Resorces Berhad-K.Ketheeswaran(Dato K.Kenneth Eswaran)
4. Chase Perdana Berhad-Mohan Krishna Swamy(Dato Mohan K Swamy)
5. MK Land- Kasi
6. Binariang-Ananda Krishnan-Ralph Marshall
7. Pan Malaysian Pools-Ananda Krishnan-Ralph Marshall
8. Tanjong Golden Village-Ananda Krishnan-Ralph Marshall
9. Maxis-Ananda Krishnan-Ralph Marshall
10. Tanjong PLC-Ananda Krishnan-Ralph Marshall
11. Astro-Ananda Krishnan-Ralph Marshall
12. Powertek Berhad-Ananda Krishnan-Ralph Marshall
13. Quest International-Vijay Eswaran
14. Amway- Cecil Wilbert Mohanaraj Abraham
15. Eversendai-A.K.Nathan
16. Measat Global Berhad- Ralph Marshall
17. MBF Holdings Berhad- Dr Ninian Mogan Lourdenadin(Lourdes)CEO
18. MBF Holdings Berhad- Susan A/P Rajanayagam MD
19. Meda Inc. – Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan
20. SP Setia- George Anthony Dass David
21. Scicom- Dato’ Ahmad Kabeer Bin Mohamed Nagoor/Krishnan Menon
22. Safeguards Corporation-Darmendran Kunaretnam

Untuk rekod, Ananda Krishnan mempunyai harta yang dianggarkan berjumlah AS$9.9 bilion (RM29.7 bilion), Tony Fernandes mempunyai RM1.77 bilion manakala Lourdenadin memiliki aset sebanyak RM1.5 billion.

Seorang lagi wajah baru ialah kontraktor Datuk A K Nathan, 54, ahli perniagaan berketurunan India yang berjaya di negara ini dengan harta sebanyak AS$250 juta (RM830 juta).

Syarikatnya, Eversendai, terbabit dalam banyak pembinaan di Asia Barat termasuk Burj Khalifa di Dubai.

Penulis bukan mahu menjadi seorang yang rasis dalam hal ini, tetapi penulis rasa kita orang Melayu jangan lagi asyik berbalah sama sendiri dan asyik berpolitik sepanjang masa.

Di saat kita asyik bertelagah, orang lain nampaknya makin maju dan kedepan dalam semua bidang.

Contohnya seperti penyenaraian orang terkaya ini, siapa sangka dalam masa terdekat ini usahawan India kita nampaknya semakin ‘menjadi-jadi’ kekayaan mereka sedangkan jumlah ahli perniagaan Melayu yang ada dalam senarai hanyalah balik-balik orang yang sama.

Suatu ketika dulu, masyarakat India sering dikaitkan dengan gangsterism dan kemiskinan tetapi nampaknya ada anjakan paradigma yang hebat dalam masyarakat mereka.

Jumlah masyarakat India yang terjun ke dunia profesional semakin bertambah dari hari ke hari, mereka yang melibatkan diri dalam perniagaan juga semakin meningkat, itu belum dikira graduan mereka yang semakin ramai lulus dari universiti dalam dan luar negara.

Benar, masih ramai di antara mereka yang berada di garis kemiskinan tetapi jumlahnya makin berkurangan dari tahun ke tahun.

Ini sesuatu yang patut dibanggakan!

Sebanarnya tidak ada sebab untuk kita tidak boleh berjaya, apatah lagi Islam merupakan agama yang memberi panduan dan galakkan untuk umatnya kaya dan cemerlang.

Dalam Islam, sememangnya umat Islam digalakkan mencari rezeki melalui cara berniaga.
Malahan telah dinyatakan dalam hadis bahawa sembilan daripada sepuluh sumber rezeki melalui perniagaan.

…kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi ( untuk uruskan urusan masing-masing ) dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak ( dalam segala keadaan supaya kamu berjaya di dunia dan akhirat ) – Surah al-Jumaat, ayat 10.

Ayat ini menjelaskan Allah tidak menghalang sesorang mencari sebanyak mana pun dari nikmat Allah s. w. t khususnya dalam perniagaan tetapi seharusnya tidak mengabaikan suruhan-Nya.

Setiap manusia yang dilahirkan telah ditentukan rezeki masing-masing.

Jadi, melalui rezeki itulah pula kita sebagai manusia berusaha untuk mendapatkan rezeki. Telah diterangkan dalam hadis bahawa terdapat sepuluh sumber rezeki yang Allah turunkan, sembilan daripadanya ialah dari berniaga. Manakala satu bahagian yang selebihnya dari sumber yang lain.

Sebab itulah kita digalakkan berniaga.

Mudah-mudahan, apa yang dicapai oleh Lourdenadin, Ananda, Tony dan AK Nathan akan memberi inspirasi untuk orang kita lebih maju dalam semua bidang terutama dalam perniagaan seperti yang disebutkan tadi. InsyaAllah

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved