Misteri Basikal Yang Hilang Dijumpai Tertanam Dalam Pokok

on Friday, 25 April 2014



Setelah hilang selama setengah abad , basikal kuno milik seorang nenek berjaya ditemui . Yang menariknya , basikal ini ditemui dalam keadaan tertanam di disebuah pokok besar .

Basikal itu milik anak lelaki Helen Puz ( 99 ) . Baru – baru ini Helen mendapatkan maklumat bahawa basikal anaknya itu telah ditemui di sebuah hutan di Vashon Island Washington .

Ketika diperiksa ke lokasi yang mana dijumpai, Helen bersama anak lelakinya bernama Don terperanjat . Basikal itu dalam kedudukan tertanam didalam batang pokok bersaiz besar . Misterinya , tidak ada tanda – tanda kesengajaan tangan manusia memasukkan basikal tersebut .

Roda depan basikal itu berada di bahagian luar badan pokok , begitu juga dengan bahagian hujung roda belakang . Namun bahagian besi yang ada di tengah basikal , ‘ ditelan ‘ pokok itu dalam keadaan sedemikian rupa . Basikal itu berada setinggi lima kaki



Basikal itu diberi oleh salah seorang jiran Helen pada tahun 1954 , tidak lama setelah dia menjanda . Hadiah itu diberikan untuk Don yang saat itu berusia lapan tahun .

” Orang – orang menaruh simpati dan sangat baik hati , ” kata Helen mengenai pemberian basikal kuno itu 58 tahun silam .

Namun kerana basikal itu memang basikal dengan rangka besi untuk perempuan , Don menolak untuk memakainya . Tidak beberapa lama basikal itu hilang itu entah ke mana .



PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Hampeh. Sesiapa pon bole letak basikal kat cabang dahan pokok.


25 April 2014 at 17:44

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved