yX Media - Monetize your website traffic with us

Sunday 7 April 2013

Tiga rumah pangsa berwajah baru

BAHAU - Tiga rumah flat yang berusia lebih 21 tahun di sini, bakal berwajah baru selepas kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan RM1 juta bagi mengecat semula bangunan tersebut.

Rumah flat tersebut adalah rumah Flat Taman Bahau Indah (8 blok), Flat Taman Meranti (4 blok) dan Flat Taman Rasa Sayang (1 blok).



Seorang penduduk, Rohani Yusof 32, berkata, dia lega apabila rumah flat yang selama ini dipandang kusam kelihatan ceria.

“Saya mula tinggal di rumah ini kira-kira 10 tahun lalu bersama keluarga. Dulu bangunan ini kusam dan kelihatan kotor kerana sudah lama tidak dicat.

"Projek mengecat semula rumah ini jelas membuktikan keprihatinan kerajaan bagi memastikan rakyat hidup dalam keadaan selesa,” katanya.

Ah Lim, 45, pula berkata, dia berharap penduduk di kawasan berkenaan akan bersama-sama menjaga kebersihan agar keadaan sekitar sentiasa bersih.




"Apabila bangunan sudah cantik, kawasan sekitar juga perlu bersih. Jadi hidup pun lebih gembira dan sihat.

"Selepas ini, kita boleh jalankan gotong-royong dan lagi selesalah kita tinggal di kawasan ini,” katanya.

P Krishanavani, 63, berkata, dia gembira bila ada kenalan menegur flat yang didiaminya ceria.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment