Program pertandingan masakan yang menampilkan barisan selebriti tempatan ini kembali lagi untuk musim kedua dan nampaknya nama yang tersenarai bukan calang calang.
Masterchef Selebriti musim kedua pastinya menjadi tumpuan para peminat dunia hiburan apabila pasangan kekasih Rozita Che Wan & Zain Saidin menjadi antara peserta yang terlibat.
Pengurus Saluran Astro Ria Raqim Ahmad Ramli berkata pemilihan Rozita Che Wan & Zain Saidin bukanlah kerana kisah kontroversi yang melanda mereka dan pasangan ini telah terpilih sejak hujung tahun lalu.
“Kami tidak pilih berdasarkan kontroversi mereka (Che Ta dan Zain Saidin). Pihak kami memang nak pilih Zain dan Che Ta,” ujar beliau.
Masterchef Selebriti musim kedua akan mula di’tayangkan di Astro Ria bermula 20 April ini setiap Sabtu sehingga Selasa dan masih mengekalkan konsep pertandingan seperti mana musim pertama.
Berbanding hanya 16 peserta pada musim pertama, Masterchef Selebriti musim kedua ini membariskan 19 orang selebriti ternama seperti Datuk Aznil Hj. Nawawi, Lydiawati, pengarah Micheal Ang & ramai lagi.
Sumber
PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
x sbr nk tggu 20hb ni..
ReplyDelete