AirAsia melalui satu kenyataan media memberitahu, promosi tidak termasuk cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api itu akan ditawarkan kepada orang ramai bermula pukul 12.01 tengah malam esok sehingga 7 April ini.
“Sebanyak 2,000,000 tempat duduk promosi akan ditawarkan untuk tempahan dari 2 hingga 7 April 2013 bagi tempoh perjalanan bermula 1 Januari hingga 30 April 2014 di www.airasia.com.
“Tempat duduk promosi juga disediakan bagi tempahan melalui platform tempahan AirAsia melalui telefon berkemampuan WAP di mobile.airasia.com dan app AirAsia untuk peranti iPhone dan Android,” kata kenyataan itu hari ini.
Lebih menarik tempat duduk percuma ke destinasi domestik seperti Pulau Pinang, Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bahru, Terengganu juga boleh didapati melalui promosi itu.
Menurut kenyataan itu, destinasi lain termasuk Kota Kinabalu, Labuan dan Tawau dengan tambang daripada RM59 sehala manakala destinasi Asean seperti Phuket, Vientiane dan Ho Chi Minh City ditawarkan dengan tambang serendah RM69 sehala.
Kata kenyataan itu, AirAsiaGo pula menyediakan diskuan 70 peratus untuk pelbagai pilihan hotel empat hingga lima bintang dan hotel butik ke pelbagai destinasi seperti Pulau Pinang, Bali, Singapura, Krabi dan Guangzhou.
“Promosi ini sedia untuk tempahan di www.AirAsiaGo.com dari 2 hingga 7 April 2013 bagi tempoh penginapan dari 1 Januari hingga 30 April 2014,” kata kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu, orang ramai bagaimanapun digalakkan membuat tempahan awal untuk mendapatkan peruntukan bagasi secara dalam talian bersama tempahan penerbangan bagi memperoleh penjimatan hingga 66 peratus berbanding mendaftar masuk beg di kaunter lapangan terbang pada saat akhir.
Orang ramai juga boleh menempah awal hidangan di atas pesawat secara dalam talian dan maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari twitter.com/AirAsia atau facebook.com/AirAsia), kata kenyataan itu lagi.
Sumber
0 comments:
Post a Comment