yX Media - Monetize your website traffic with us

Tuesday 9 April 2013

Manifesto BN (Harga Kereta Turun 20%-30%) VS Manifesto PR (Cukai Turun 20% Setahun & Tahun Ke-5 Hapus 100%)!


Dalam manifesto Pakatan Rakyat sebelum ini ada dibentangkan cadangan dan pelan untuk mengurangkan harga kereta sedikit demi sedikit setiap tahun sebanyak 20% melalui pengurangan cukai eksais yang berada di bawah kuasa kerajaan Malaysia.



Macam-macam reaksi yang kita dengar di mana satu cadangan yang tidak terfikir dan tidak terjangkau dek akal semenjak dilancarkan kereta buatan Malaysia yang pertama Proton sekitar 90an dahulu….

Ada kalangan kalangan rakyat Malaysia yang memberikan ruang dan peluang kepada dirinya untuk mendengar penjelasan dan penerangan mengenai dasar penurunan harga kereta di Malaysia ini. Dan ada juga yang membantah sekeras-kerasnya tindakan Pakatan Rakyat yang mahu menurunkan harga kereta di Malaysia.

Tun Dr. Mahathir pernah meluahkan kerisauannya tentang sikap bangsa Melayu amnya semasa mendeklamasikan sajaknya di Perhimpunan Agung UMNO tahun 2001 yang bertajuk “Melayu Mudah Lupa”. Alhamdulillah selepas lebih 10 tahun berlalu, kami melihatkan bangsa Melayu tidak mudah lupa lagi dan semakin celik dengan berlaku evolusi perkongsian maklumat di Internet sekarang ini yang berlaku dengan pantas.

Ini kerana berbalik kepada kenyataan demi kenyataan serta reaksi spontan yang dikeluarkan daripada kalangan pemimpin sejurus keluarnya cadangan mahu menurunkan harga kereta daripada pihak pembangkang. Kami sempat simpan beberapa kenyataan pemimpin sebelum ini untuk dijadikan rujukan.

Antara sebab, kalangan pemimpin yang risau disebalik pengumuman Pakatan Rakyat yang mahu menurunkan harga kereta antara lainnya ialah :

  1. rakyat bakal muflis
  2. tidak praktikal
  3. kesesakan lalu lintas
  4. rencat usaha kerajaan
  5. tidak rasional
  6. mekanisme PR mengelirukan

Harga Kereta Turun : Rencat Usaha Kerajaan

Kenyataan Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO Malaysia)



Sumber : Utusan Malaysia

Harga Kereta Turun : Cadangan Tidak Rasional!

Kenyataan Pengerusi Felcra : Datuk Tajuddin Rahman



Sumber : Sinar Harian

Harga Kereta Turun : Ramai Akan Muflis

Kenyataan Menteri JPM (Ekonomi) : Tan Sri  Nor Mohamed Yakcop



Sumber : Sinar Harian

Harga Kereta Turun : Cadangan PKR Mengelirukan!

Kenyataan Timbalan Perdagangan & Industri : Datuk Mukhriz Tun Mahathir



Sumber : Berita Harian

Harga Kereta Turun : Tidak Praktikal!

Kenyataan Menteri KPDNKK : Datuk Seri Ismail Sabri



Sumber : Malaysiakini

“Hendak seribu daya tak nak seribu dalih”

Walaubagaimanapun selepas 6 bulan berlalu di mana berlangsungnya pelancaran manifesto Barisan Nasional sepertimana yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini, akhirnya harga kereta akan diturunkan sekurang-kurangnya 20%-30% jika Barisan Nasional dipilih sekali lagi oleh anda semua untuk terus menerajui kerajaan Malaysia bagi 5 tahun akan datang. Boleh sebenarnya untuk dilakukan…





Bermakna di sini, baik Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional ada menawarkan mekanisme dan menunjukkan usaha untuk menurunkan kos pemilikan kereta di Malaysia yang merupakan hutang rakyat Malaysia yang kedua tertinggi dan telah pun mencecah RM134.12 bilion (satu angka yang bagi kami menunjukkan hutang kereta rakyat Malaysia sudah mencapai tahap serius).

“Ini juga menunjukkan kedua-dua kumpulan parti yang terbesar di Malaysia samada Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat berusaha keras untuk memenangi hati pengundi seperti anda semua di sini”

Persoalan yang bermain di fikiran rakyat Malaysia yang mana satu menjadi pertimbangan dan pilihan rakyat Malaysia sekarang ini.

Tawaran daripada Barisan Nasional ataupun daripada Pakatan Rakyat?

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

2 comments:

  1. hahahaa..mmg dorg BN tak nak..sumer ade kepentingan peribadi..sudah la oi.....asik kau org jer nk pakai kete import....yg rakyat marhaein nih pakai kete proton..sikit2 osak sana..sini...puiii....last2 tau lak bleh turunkan harga kete...bangkai punyer pemimpin..otak singkat...MATI LAGI BAIK LA OIII

    ReplyDelete
    Replies
    1. stuju..dlu bg kemain kesan buruk..alih2 skrg guna idea yg ditolak untuk raih undi..hmmm...pathetic

      Delete