SEREMBAN – Projek Hospital Rembau tidak terbengkalai, sebaliknya tender sudah dikeluarkan untuk pembinaan bangunan berkenaan.
Isu yang menjadi kontroversi berikutan belum nampak sebarang projek di kawasan seluas 19.4 hektar itu dimulakan, biarpun majlis pecah tanah sudah berlangsung ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada 2008.
Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Datuk Ir. Dr. Roslan Md. Taha berkata, pembinaan fizikal hospital itu bermula dalam tempoh tiga tahun selepas proses penutu-pan tender projek berkenaan 18 April ini.
Menurutnya, dengan penjelasan itu, beliau berharap tidak timbul lagi dakwaan yang mengatakan projek Hospital Rembau 'hilang' sepertimana didakwa pembangkang.
“Dakwaan mereka tidak berasaskan fakta dan hanya fitnah semata-mata. Tidak timbul dakwaan sedemikian,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Sebelum ini, Ketua Penerangan Pas negeri, Nor Azman Mohamad menyentuh mengenai projek pembangunan di negeri ini terbengkalai dan hilang, seperti projek Hospital Rembau, seperti mana tersiar dalam akhbar pembangkang, 2 April lalu.
Hospital Rembau dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.
Sumber
PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment