yX Media - Monetize your website traffic with us

Wednesday 10 April 2013

Empat Lelaki Larikan RM300,000 Dari Syarikat Pengiriman Wang


SEREMBAN: Empat lelaki bersenjatakan pistol dan parang melarikan wang tunai berjumlah RM300,000 selepas merompak sebuah syarikat pengiriman wang, di sini Rabu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 petang, empat lelaki terbabit datang ke syarikat itu yang terletak di Jalan Dato Sheikh Ahmad di sini dengan menunggang tiga buah motosikal.

Jurucakap polis berkata, mereka yang bersenjatakan beberapa bilah parang dansepucuk pistol terus menyerbu masuk ke dalam premis berkenaan yang ketika itutiada pelanggan.



"Seorang daripada penjenayah yang bersenjatakan pistol telah mengacukansenjatanya ke arah seorang pengawal keselamatan di premis itu manakala tiga lagikemudiannya mengarahkan pekerja di dalam premis supaya mengisi wang tunai di dalam beg dibawa mereka," katanya di sini Rabu.

Beliau berkata, selepas beberapa minit kumpulan itu terus melarikan diri dengan menunggang tiga buah motosikal yang diletakkan berhampiran premis itu danmeninggalkan empat pekerja premis terbabit yang tidak dicederakan.




Katanya, seorang daripada pekerja kemudiannya menghubungi majikannya sebelummelaporkan kejadian itu kepada polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban ACP Saiful Azly Kamaruddin ketikadihubungi mengesahkan kejadian itu.

"Kita sedang melakukan siasatan rapi termasuk meneliti rakaman kamera litartertutup di premis terbabit untuk mengesan suspek-suspek yang terlibat," katanya.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment