Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau tidak mahu rakyat di Selangor dibelenggu masalah berkenaan menyebabkan kerajaan negeri berasa terpanggil untuk membantu menyelesaikan kemelut terbabit.
“Kita ada lebihan air setelah Loji Rawatan Air Ngoi-ngoi, di sini siap awal Julai ini. Kita tidak ada masalah untuk menjual air kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana loji berkenaan boleh membekalkan 35 juta gelen air bersih sehari.
“Sekarang ni, kita hanya memerlukan lima ke 10 juta gelen air sehari. Secara umumnya, kita boleh jual air terawat sebanyak 20 ke 25 juta gelen air sehari ke Selangor,” katanya ketika merasmikan Kursus Haji Peringkat Daerah Rembau di Masjid An Nur Rembau, di sini, kelmarin.
Mohamad berkata, Kerajaan Negeri Sembilan turut mengambil pendekatan membeli air daripada Johor, Melaka, dan Selangor pada 2006 apabila berhadapan musim kemarau.
“Dulu pun kita macam itu juga beli air dari negeri-negeri lain bagi membantu mengatasi masalah air rakyat di negeri ini. Dalam hal ini, kita pula akan bantu mereka demi menjaga kesejahteraan umum,” katanya.
Sumber
0 comments:
Post a Comment