yX Media - Monetize your website traffic with us

Tuesday 27 December 2016

‘Itu refleksi cahaya dari kamera telefon’



SEREMBAN – Berlakunya tindakan refleksi cahaya dari kamera telefon bimbit menyebabkan gambar yang diambil ketika pengebumian pengasas Sekolah Rendah Islam Integrasi Darul Ulum (SRIIDU) di Tanah Perkuburan Islam Senawang Selasa lalu, kelihatan bercahaya.

Gambar tersebut menjadi viral di laman sosial sejak Sabtu lalu.

Timbalan Mufti Negeri Sembilan, Nor Azamir Alias berkata, beliau dimaklumkan oleh beberapa rakan yang hadir pada pengebumian Allahyarham yang mengesahkan bahawa tiada perkara pelik berlaku.

“Itu adalah refleksi cahaya dari kamera telefon bimbit yang mungkin terjadi ketika gambar itu dirakam.

“Lagipun ketika pengebumian itu, khemah yang berada di kubur Allahyarham sudah koyak. Jadi ada cahaya matahari yang masuk menerusi lubang itu dan bagi saya ia berlaku secara kebetulan lebih-lebih lagi ketika itu jam 10 pagi di mana situasi matahari terbit," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam menyebarkan bahan yang boleh mengundang kekeliruan.

Sementara itu adik Allahyarham, Nazri Zainuddin, 41, ketika dihubungi Sinar Harian turut memberitahu sepanjang pengebumian, tiada perkara luar biasa yang berlaku di tanah perkuburan itu.

Katanya, mereka sekeluarga sudah mengetahui mengenai penyebaran gambar berkenaan, sejurus selepas urusan pengebumian selesai.

Terdahulu Allahyarham Mohd Khairi, 45, meninggal dunia jam 4.29 petang akibat masalah jantung.

Allahyarham yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Negeri Sembilan meninggalkan seorang balu dan empat anak berusia antara 10 sehingga 18 tahun.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment