yX Media - Monetize your website traffic with us

Thursday, 19 May 2016

Punca Polis Akan Panggil Peniaga Durian Ludah Beri Keterangan Terjawap



GOMBAK - Susulan viral video seorang peniaga durian yang didakwa meludah pada isi durian sebelum dibungkus dengan plastik, polis akan memanggilnya untuk memberikan keterangan.

Lapor Harian Metro, peniaga terbabit telah menutup gerainya dan mengangkat kesemua duriannya ke dalam lori selepas dikecam netizen berikutan tindakannya seolah-olah meludah pada durian sebelum dibungkus.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad menegaskan tindakan akan diambil sekiranya terdapat kesalahan dilakukan. Bagaimanapun tiada penahanan yang dibuat setkat ini.

"Unit peronda sudah memantau lokasi malam tadi namun peniaga berkenaan sudah tiada," katanya.

Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Gombak turut kelihatan membuat tinjauan di lokasi.

Video yang viral di media sosial itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen, namun majoriti bersetuju tindakan itu tetap menjijikkan.

Segelintir netizen cuba berfikiran positif kononnya peniaga terbabit meniup kotoran yang melekat di ulas durian berkenaan sebelum dibungkus.

"Dia tiup saja tu, tak nampak meludah pun. Nama pun durian, kotoran tanah melekat itu adalah perkara normal. Takkan peniaga nak jual dalam keadaan kotor?" kata netizen.

Bagaimanapun, majoriti netizen sebulat suara menganggap tindakan meniup itu tetap tidak boleh diterima yang berkemungkinan air liur lelaki terbabit tersembur ketika meniupnya.

"Tiup pun, kalau dah terpercik air liurnya, tak ke kotor namanya? Nak bersihkan, guna cara yang lebih baik agar tidak mendatangkan bahaya pada kesihatan pengguna," kata netizen.

Ada juga yang mendakwa peniaga berkenaan adalah warga Indonesia.


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment