yX Media - Monetize your website traffic with us

Thursday, 12 May 2016

Punca Mi Segera Korea Disahkan Halal Amat Menakjubkan



KUALA LUMPUR: Pengemar mi segera jenama Samyang dari Korea tidak lagi perlu meragui status halal produk tersebut kerana ia telah disahkan tidak mengandungi unsur haram seperti yang tersebar di laman sosial, baru-baru ini.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal Jakim menjelaskan bahawa produk tersebut adalah halal dan tidak mengandungi bahan meragukan seperti yang didakwa sebelum ini.

“Berdasarkan makluman siasatan, Korea Muslim Federation (KMF) terhadap produk mee segera rameyon, didapati bahawa produk tersebut tiada mengandungi bahan yang meragukan dan merupakan pemegang sijil (KMF) halal yang sah sehingga kini

"Pihak syarikat patuh dan komited terhadap piawaian prosedur yang telah ditetapkan oleh KMF dan pemantauan secara berkala turut dilaksanakan terhadap semua industri di korea yang diberikan sijil halal Oleh KMF,” tulis kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook, Bahagian Hab Halal, Jakim, sebentar tadi.

Justeru itu, Jakim menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu.

“Sila semak senarai badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf di laman sesawang www.halal.gov.my atau melalui aplikasi telifon pintar MyJakim,” kata Jakim.

Status halal mi segera dari Korea itu menimbulkan perdebatan berikutan tersebar dakwaan bahawa produk tersebut mengandungi unsur syubhah kerana menggunakan mesin sama dengan produk yang mengandungi unsur babi.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment