Masalah pertukaran gear yang tidak menentu dan biasa berlaku adalah dari gear 5 ke 4 dan dari 3 ke 2 untuk gear manual dan banyak berlaku dari 4 ke 3 untuk gear auto.
Masalah demikian biasa dirujuk sebagai slip gear dan ini sebenarnya adalah masalah yang disebabkan oleh faktor-faktor penyelenggaraan kereta yang tidak teratur oleh pengguna seperti:-
- Lambat menukar minyak gear
- Tidak pernah tukar filter auto
- Tidak pernah melihat/memeriksa paras minyak gear
- Membiarkan mounting gearbox pecah tidak ditukar
- Mengabaikan kebocoran minyak gear dari seal gearbox
- Tidak pernah menambah minyak gear
Faktor-faktor begini adalah sebab utama mengapa slip transmisi mudah berlaku lebih-lebih lagi untuk kereta auto.Keadaan begini juga biasa terdapat tanda-tanda awal slip transmisi akan berlaku.Tanda-tanda seperti:-
- Gear susah masuk (biasanya untuk gear manual)
- Pada awal transmisi untuk auto terdapat sentakan yang agak kuat (contoh dari N ke D atau dari P ke D)
- Terdapat ‘freeplay’ (ruang pertukaran gear ) yang agak lama samada dari 1 ke 2,2 ke 3 dan 3 ke 4
- Kereta berbunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku
- Rpm yang jadi tinggi tidak kembali asal setelah gear auto bertukar
- Berbunyi hentakan seperti ‘DUK’ setiap kali gear auto bertukar
- Gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.
Tanda-tanda seperti di atas adalah tanda-tanda awal slip transmisi (auto slip transmission ) akan berlaku dan jika keadaan ini dibiarkan ia akan ketahap maksima dimana pengguna terpaksa menukar keseluruhan kotak gear yang memungkinkan penambahan kos yang lebih tinggi.
Bagaimana ia boleh dibaiki dengan cepat dengan menggunakan kos yang rendah?Cara yang murah tetapi berkesan selain daripada menukar gearbox untuk kereta auto apabila berlaku tanda-tanda sedemikian adalah dengan membuat keseluruhan penyelenggaraan seperti berikut :-
- Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter
- Tukar minyak auto
- Tukar mounting gearbox
- Tukar pin pada panel gear
- Tukar kedua-dua oil seal gearbox
Untuk pengguna gear manual cara yang paling mudah adalah dengan menukar minyak gear seterusnya mounting dan kabel gear.Ada juga yang biasa berlaku air masuk ke ruang gearbox dan membentuk kotoran seterusnya menjadikan gear bertukar dan menggerakan tombol gear ke FREE.
Masalah begini hanya dapat dikawal dengan membuang semua minyak gear dan memasukan minyak gear semula dan dibuangkan.oil seal gearbox juga wajib ditukar dan speedometer harus diperiksa untuk memastikan air tidak berjaya menembusi speedometer ketika mencuci enjin atau melanggar becak yang besar.
EP90 adalah minyak gear yang paling sesuai untuk gear manual dan EP120 untuk auto tramnsmisi. Manakala, untuk kereta lama EP140 adalah minyak gear yang biasa digunakan.
Mileage yang amat sesuai unytuk menukar minyak gear auto dan manual adalah setiap 40000 kilometer ataupun setiap dua kali servis untuk minyak enjin 10000 kilometer.Untuk menukar minyak auto pada 40000 kilometer penggunaan adalah WAJIB untuk mengelakan keadaan slip transmisi berlaku.
Sumber
PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Auto filter tu apa.. boleh explain? besa makanik tukar itu auto gear oil saja
ReplyDeleteFilter untuk minyak gear box.. Biasa untuk gear auto
DeleteFilter untuk minyak gear box.. Biasa untuk gear auto
DeleteAuto filter tu apa.. boleh explain? besa makanik tukar itu auto gear oil saja
ReplyDeleteAda filter kat dlm gearbox auto, ada sebahagian jenis kereta blh tukar tapi ada juga yg kena overhaul gearbox baru blh tukar
DeleteAuto filter nie berada d atas oil sump gearbox...dia mcm filter minyak hitam jgk tp nipis...
DeleteAuto filter nie berada d atas oil sump gearbox...dia mcm filter minyak hitam jgk tp nipis...
DeletePlease recommend the best service centre or mechanic to attend my Perdana V6 2006.
ReplyDeleteGoogle Ninety One Auto Service,located in Taman Bukit Teratai, Ampang. Owner is Mr Jimmy, very knowledgeable in auto gearboxes. Recently had my Perdana v6 there.
DeleteMag Auto Garage 0193874976 shah alam and senawang
DeleteInfo yang sangat berguna. Mind if I share it in my blog? Saya akan letak sumber dan link sekali.
ReplyDeletewww.thefaezdlafee.blogspot.my
Mounting engine dan mounting gerbox beza ke?
ReplyDeleteBerbeza. Mounting engine adalah bushing yang memegang bahagian engine manakala mounting gearbox adalah bushing yang memegang bahagian diantara gearbox.
DeleteBerbeza. Mounting engine adalah bushing yang memegang bahagian engine manakala mounting gearbox adalah bushing yang memegang bahagian diantara gearbox.
Deletepandai2 je cakap mekanik rahsiakan, sendiri yg malas ambik tau
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletePencerahan terbaik dari admin.
ReplyDeleteKepada sahabat-sahabat yang berhampiran Sentul KL, anda boleh berkinjung ke premis saya untuk mendapatkan pemeriksaan dan nasihat percuma bekenaan kereta anda.
PB Maju Automotif
780 Jalan Sentul
Tel 03-40501312
WhatsApp : 0173713405
Atau cari kami di FB : KedaiTayarBumiputra.
Tq.
Pencerahan terbaik dari admin.
ReplyDeleteKepada sahabat-sahabat yang berhampiran Sentul KL, anda boleh berkinjung ke premis saya untuk mendapatkan pemeriksaan dan nasihat percuma bekenaan kereta anda.
PB Maju Automotif
780 Jalan Sentul
Tel 03-40501312
WhatsApp : 0173713405
Atau cari kami di FB : KedaiTayarBumiputra.
Tq.
Honda stream ada filter auto jg ke?
ReplyDeleteKalau ada berapa harga... minyak gear selalu tukar tp filter tak pernah tukar..
Honda stream ada filter auto jg ke?
ReplyDeleteKalau ada berapa harga... minyak gear selalu tukar tp filter tak pernah tukar..
Semua auto gear ada filter
ReplyDeleteKalau gear auto xleh nak letak ke P,apa masalahnya ye.dia jd stuck.xleh masuk ke P.kena guna gear N je untuk park kete.
ReplyDeleteDi mana kedudukan pin gearbox..pada saya seal gearbox juga penting utk diganti kalau kereta dah berusia 7 tahun ke atas.kereta saya bocor seal ni tanpa di sedari..sebab ia hanya akan keluarkan minyak apabila berjalalan dalam rpm tinggi .
ReplyDeletefacebook.com/newprotoncarsjohorbahru
ReplyDeleteslip cuma slh satu dr simptom yg diceritakan dlm artikel.bkn keseluruhan masalah tu dipanggil slip.utk myk auto plk x sama setiap gearbox.rujuk manual.amaran, sstgh gearbox sgt cerewet dgn jenis minyak
ReplyDeleteMau tanya apa masalah apabila sy masukan gear D dari N.. lambat respond gear.. kereta lambat gerak..
ReplyDeletesaya pakai preve turbo cvt...dah 3 kali gearbox buat hal..hantar SC dia kata speed sensor..tu petanda gearbox nak rosak ke atau sensor tu aja yg buat hal ya?
ReplyDeleteSetahu sy speed sensor proton bru jka ad mslh ..hnya akn timbul lampu abs....brapa lama dh usia kereta..?
DeleteSetahu sy speed sensor proton bru jka ad mslh ..hnya akn timbul lampu abs....brapa lama dh usia kereta..?
DeleteBerikut adalah penyelesaian terbaik untuk kebebasan kewangan, membuat tahun anda berjaya dengan melawat perkhidmatan pinjaman christian morgan di mana anda boleh mendapatkan pinjaman untuk memulakan perniagaan impian anda tanpa tekanan dan mendapatkan pinjaman anda diluluskan dalam satu minggu. Adakah anda sedang mencari pinjaman? Atau adakah anda pernah menolak pinjaman oleh bank atau institusi kewangan untuk satu atau lebih sebab? Anda mempunyai tempat yang tepat untuk penyelesaian pinjaman anda di sini! Kami memberi pinjaman kepada syarikat dan individu dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%. Sila hubungi kami melalui e-mel hari ini melalui christianmorganloanservices@gmail.com
ReplyDeleteDATA PEMOHON:
1) Nama Penuh:
2) Negara:
3) Alamat:
4) negara:
5) Jantina:
6) Status Perkahwinan:
7) Pekerjaan:
8) Nombor Telefon:
9) Jawatan di tempat kerja:
10) Pendapatan bulanan:
11) Bilangan Pinjaman Diperlukan:
12) Tempoh Pinjaman:
13) Kadar Faedah:
14) Agama:
15) Pernahkah anda memohon;
16) tarikh lahir;
Terima kasih,
Puan Christian
Halo,
ReplyDeleteAdakah anda sedang mencari pinjaman pelaburan dan swasta? Cari tidak lebih lagi kerana anda berada di tempat yang betul untuk penyelesaian pinjaman anda di sini! AVANT FINANCE LIMITED memberi pinjaman kepada syarikat dan individu pada kadar faedah yang rendah dan berpatutan sebanyak 2%, sila hubungi kami melalui e-mel melalui:
avantloanson@gmail.com
WhatsApp: +15188558774
WEBSITE: www.avantloanson.com/en