yX Media - Monetize your website traffic with us

Saturday, 7 February 2015

10 Tips elak suami cari wanita lain ketika outstation



Lumrah di alam pekerjaan kadang-kadang terpaksa outstation atas arahan syarikat. Kalau ditanya kepada semua suami, mereka bukan nak sangat pun outstation, lagi-lagi terpaksa meninggalkan isteri dan anak-anak di rumah.




Namun berlainan pula bagi si suami yang kerap outstation ini. Ada tu dalam sebulan berkali-kali. Betul ke outstation? Atau…..

Call Suami Selang 1 Jam 



Tips yang pertama ini bukan mahu menimbulkan rasa rimas kepada si suami tapi bagi memberi ingatan kepada mereka tentang kewujudan korang. Sekurang-kurangnya apabila dia terpandang wanita lain, pantas fikirannya terbayang muka korang.

Hantar Foto Berahi Kepada Suami



Maklumlah bila berjauhan ini macam-macam boleh terjadi kepada si suami. Tambah pula bila suami outstation bersama rakan-rakan. Jadi, bagi memastikan ingatan suami kepada korang kuat, cuba tips ini. Tentu si suami tak sabar untuk pulang ke rumah.

Kerap Hantar Potongan Ayat Al-Quran



Berkongsi potongan ayat Al-Quran dengan suami agar dia tidak leka dan hanyut. Contohnya ayat di atas. Atau mungkin korang boleh berkongsi tips kami ini dengan cara, “B, cuba baca tips Ohbulan ini, menarik kan? Jangan risau, syg percaya B.” Seram bukan?

Upah Pekerja Hotel Bagi Memerhati Suami 



Rasa curiga kian membuak-buak? Jangan risau sebab ada pelbagai macam cara lagi. Korang mungkin boleh mengupah pekerja hotel yang didiami oleh suami agar memerhatikan gerak gerinya. Andai ada perilaku yang mencurigakan, minta pekerja tersebut call korang dengan kadar segera.

Kenal Isteri Rakan Kerja Suami



Berbuat baik dengan rakan kerja suami korang. Lagi afdal jika korang kenal isteri rakan kerja tersebut. Jadi bila dikhabarkan si suami kena outstation, boleh tanya isteri rakan kerja suami adakah mereka turut serta. Kalau jawapannya syarikat tidak menghantar mana-mana kakitangan outstation,maka sah lah suami pergi ke tempat lain.

Buat Kejutan Tiba-Tiba Terpacak Depan Bilik Hotel 



Alasan bagi menggunakan tips ini ialah kononnya ingin membuat kejutan istimewa kepada si suami. Padahal takut suami jumpa yang lain.

Maxis Friend Finder, Tahu Lokasi Suami 



Kami tak pasti jika cara ini masih lagi digunakan. Namun yang pasti Maxis Finder boleh membantu korang mengetahui kedudukan si suami. Dengan syarat korang kena set up siap-siap dekat handphone suami. Pernah try? Atau mungkin boleh saja minta si suami share location dia. Andai reaksi dia agak gelabah, betul lah itu.

Letak Spycam Di Keretanya 



Andai rasa sangsi tersebut kian membuak-buak ditambah pula wujud beberapa bukti yang mencurigakan, berkunjung lah ke kedai-kedai kereta mahupun kedai yang menjual spycam. Setelah dipasang, bertambahlah andai dalam footage nanti ada wanita lain.

Ubah Diri Sendiri 



Atau mungkin korang boleh berdiri di hadapan cermin dan memerhatikan diri sendiri. Perut macam tayar spare, rambut tak kemas, gigi kuning dan sebagainya. Jadi ambil inisiatif untuk ubah diri sendiri bagi memikat kembali suami. Kalau dapat jadi macam Tasha Shilla ini, peratusan untuk suami cari wanita lain amatlah tipis.

Ikut Je la Kalau Dah Tak Percaya Sangat 



Kalau dah tak percaya sangat apa kata korang minta je lah untuk ikut suami pergi outstation. Gunakan skill pujuk rayu seperti mana yang dimiliki oleh semua wanita. Kalau taknak bawa juga, ugut minta suami hantar ke rumah emak (macam selalu dalam drama melayu itu).



Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment