yX Media - Monetize your website traffic with us

Saturday 11 June 2016

Tok Mat tegur sayur pasar tani lebih mahal daripada pasar raya



SEREMBAN - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan melahirkan rasa kesal berikutan harga barangan di pasar tani lebih mahal berbanding pasar raya di negeri ini.

Beliau berkata, situasi itu tidak sepatutnya berlaku kerana kewujudan pasar tani bertujuan untuk menawarkan harga jauh lebih rendah kerana menjadi lokasi pengusaha seperti petani dan penternak menjual terus hasil pertanian mereka.

“Pasar tani diwujudkan untuk petani, penternak dan nelayan jual barang-barang mereka. Tetapi sekarang dah terbalik, barang di pasar dan pasar raya lagi murah berbanding pasar tani dan gerai-gerai.

“Macam mana boleh mahal, padahal peniaga kedai kena bayar cukai pintu dan macam-macam, peniaga pasar tani hanya bayar lot RM5 sahaja. Ini semua kerana mahu ambil keuntungan berlebihan,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri, di sini, semalam.

Mohamad berkata, orang ramai perlu menjadi pengguna bijak membuat pilihan dan perbandingan harga barangan.

“Saya nak saran jadilah pengguna bijak, gunakan kebijaksanaan untuk memilih dan membuat perbezaan kerana banyak pilihan pasar raya,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad turut menyelar tindakan peniaga bazar Ramadan yang menaikkan harga makanan dengan memberi alasan mereka perlu membayar GST.

“Makanan mana ada GST, zero rated. Misalnya pisang goreng, tepung dan pisang tak kena GST. Tidak ada alasan kenapa mesti jual mahal.

“Berniaga di bulan puasa ini satu ibadah kerana menyediakan makanan untuk orang berpuasa. Tapi kalau mahal sangat tak jadi ibadah kerana orang akan menyumpah nanti,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment