yX Media - Monetize your website traffic with us

Thursday 16 June 2016

Seorang Kanak-Kanak Di N.Sembilan Sah Dijangkiti JE



SEREMBAN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini sejak 20 Mei lalu disahkan dijangkiti virus Japanese Encephalitis (JE).

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan (JKNNS), Dr Abdul Rahim Abdullah berkata pengesahan itu adalah berdasarkan ujian darah yang dilakukan ke atas kanak-kanak itu yang mendapati ianya positif JE.

“Kanak-kanak itu kini berada dalam keadaan stabil dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata kes tersebut merupakan kes ketiga di Negeri Sembilan tahun ini selepas kes di Jelebu dan Kuala Pilah.

Bagaimana pun katanya, tiada kematian dilaporkan.

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan ketika diminta mengulas mengenai perkara itu berkata kanak-kanak tersebut mungkin mendapat jangkitan akibat gigitan nyamuk.

Katanya hasil pemeriksaan di sekitar kawasan rumah mangsa di Kuala Pilah mendapati terdapat bekas berkubang dipercayai milik babi hutan.

“Seperti yang dilaporkan oleh Pengarah Kesihatan bahawa ini merupakan jangkitan yang disebabkan oleh pembawaan nyamuk daripada khinzir dan ia bukanlah merupakan wabak.

“Jadi ini bukanlah satu perkara yang perlu kita risaukan dan JKNNS akan membuat pengumuman dari semasa ke semasa hasil daripada penyiasatannya,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Negeri di sini.

Dalam pada itu, Mohamad berkata bagi menangani masalah gangguan daripada bintang liar seperti babi hutan, monyet dan anjing yang boleh memudaratkan masyarakat, satu tindakan bersepadu akan dirangka melibatkan pelbagai agensi dan jabatan.

“Isu monyet liar dan babi hutan banyak dilaporkan bukan sahaja di kawasan di Kuala pilah tapi di merata-rata kawasan lain. Saya akan minta diadakan NBOS (Strategi Lautan Biru Kebangsaan) jabatan dan agensi cara mana kita boleh lakukan operasi secara bersepadu.

“Setakat ini belum ada laporan serangan daripada binatang liar dan kita tak mahu jadi begitu. Kita tak boleh pandang ringan masalah ini kerana ada juga jangkitan (melalui) monyet seperti E-bola seperti yang berlaku di Afrika. Ini perlu kita pantau,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment