yX Media - Monetize your website traffic with us

Wednesday 15 June 2016

'Kenapa Mahal Sangat? Baik Beli Honda' - Netizen



PUTRAJAYA - Baru saja dilancarkan semalam, namun ramai yang sudah 'berbunyi' bahawa Proton Perdana generasi keempat itu dijual dengan harga permulaan RM113,888 ke RM138,888 itu terlalu mahal.

Rata-rata mempersoalkan harga kereta keluaran syarikat pengeluar kereta tempatan itu terlalu mahal berbanding kereta import.

"Apa gunanya meniru rekaan kereta luar negara? Saya lebih rela beli Honda Accord berbanding Perdana," kata Phoenix Tale.

"Secara jujur, kereta ini bagus. Saya yakin kualitinya juga sama seperti kereta jenama Honda. Boleh dikatakan yang berubah hanyalah logo sahaja dengan facelift tersendiri dari Proton.

"Tetapi jika saya ingin membeli kereta dalam lingkungan harga seperti ini, saya tidak akan memilih Perdana. Jika ia dijual murah, saya akan mempertimbangkan. Kereta yang bagus tetapi harganya tidak begitu menarik," kata Jason Harry di laman Paultan







PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment