yX Media - Monetize your website traffic with us

Thursday 5 May 2016

Peniaga tepi jalan naik kepala jual nama MB N9



SEREMBAN – "PBT dah naik malu dan segan. Bila tanya, mereka kata Menteri Besar yang suruh," kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima bantuan daripada Pejabat Menteri Besar.berhubung sikap segelintir peniaga dan penjaja di negeri ini.

Beliau berkata demikian berikutan ramai peniaga salah faham terhadap dasar kerajaan negeri mahu menyejahterakan rakyat sehingga berniaga mengikut suka hati.

"Ramai yang kata Menteri Besar suruh berniaga sampaikan di kawasan lampu isyarat, simpang tiga dan tepi selekoh pun mereka berniaga.

“Ada yang berniaga atas divider, kita elok-elok tanam pokok bunga cantik-cantik, dia boleh simen kawasan itu untuk berniaga.

“Saya nak ingatkan buat elok-elok, jangan niaga ikut suka hati. Memang saya suruh niaga, tapi biarlah berpada-pada,” katanya.

Sehubungan itu,  Mohamad mengingatkan peniaga dan penjaja di negeri ini agar tidak mengambil kesempatan atas kebaikan hatinya membenarkan mereka berniaga.

Selain itu, katanya, terdapat juga peniaga mengambil kesempatan dengan mengenakan harga makanan yang mahal, meskipun kelonggaran bayaran permit telah diberikan.

“Saya kata tidak perlu bayar permit selama dua tahun tapi permit mesti ada.

"Saya tidak kata tidak perlu ada permit, permit mesti ada cuma dikecualikan dari bayaran tahunan. Itu maksud saya tapi ramai yang salah faham.

“Sudahlah tak bayar cukai pintu, permit dan sewa tetapi harga makanan masih mahal. Ada tu mi kari satu mangkuk sampai RM8, lebih mahal harga di kopitiam, padahal mereka tidak perlu bayar cukai dan permit,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri, di sini, semalam.

Berikutan itu, Mohamad berkata, pihaknya telah meminta PBT di negeri ini agar segera mengeluarkan garis panduan khas kepada peniaga dan penjaja terhadap kawasan yang dibenarkan berniaga.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment